❤ White House Grill - The Garden Cafe ❤

October 14, 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Petang Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...

White House Grill - The Garden Cafe 

White House Grill - The Garden Cafe adalah tempat makan yang terletak di negeri Terengganu Darul Iman dan lokasinya adalah di kampung Paya Berenjut Kemaman,Terengganu.Kafe ini beroperasi setiap hari bermula jam 5:00 Petang sehingga 12:00 Malam.




White House Grill-The Garden Cafe menyediakan masakan tempatan dan barat untuk anda dan keluarga menikmati makanan hebat di sini.Sekali datang pasti akan datang berkali2 .Bagi Lya dan keluarga,makanan kat sini memang menepati citarasa kami.Sedap,lazat,menyelerakan dan yang paling penting harga berpatutan..Satu lagi Owner Kafe ni memang peramah sangatKita yang tak berapa nak peramah ni (hehehehee)  jadi peramah kejap kat situ.Pekerja pon OK semua ramah tamah jugak.Senyum sokmo takde nampak muka kelat walaupon ramai pelanggan dan suasana sibuk...
Inilah yang TERBAIK !!!!


Deko yang cantik dan menarik ...

Kemas dan teratur ...

Ni kaunter bayaran..Kemas dan rapi..
  

Menu yang sentiasa setia kat atas meja..Masuk jer boleh nampak ada menu kat meja.Jadi sebelum pelayan Kafe datang tanya nak makan apa nak minum apa kita boleh la bincang2 dulu apa nak makan dan minum..Lebih mudah,senang dan jimat masa..


Antara menu yang terdapat kat sini ialah Mixed Grill,Beef Steak,Lamb Chop,Grilled Chicken,Fried Chicken,Sizzling Yee Mee,Mushroom Soup,Coleslaw,French Fries,Mushroom Soup,Mee Bandung Muar,Banana Split dan banyak l;agi pilihan makanan yang pastinya menepati citarasa anda.


Pilihan En Hubby,Lya dan anak2..En Hubby pilih Lamb Chop,Lya pilih Beef Steak dan anak2 macam biasa la menu kegemaran diaorang kat sini Chicken Chop..Berkali2 pergi Chicken Chop jugak yang dipilih..

Ok kat sini untuk minuman ada yang dah tersedia..Tinggal pilih jer air yang kita suka cuma letak ais.Yang bestnyerr kat sini kalau kita guna satu je gelas tapi tambah air berkali2 pon di kira satu gelas jugak.Maknanya kalau datang 10 orang guna satu gelas tu tambah jer air setiap kali habis tetap dikira satu gelas..Best kan kan kan.Kat tempat lain ada ke camni ?? Hikhikhik ..Kat sini jer kot !!! TERBAIK ..

Tapi kita satu family takde la TOPUP air tu.Kita ambik satu gelas sorang.En Hubby jer kongsi air ngan Umi..Anak2 satu gelas sorang..Ok selain pilihan air yang sedia ada boleh jugak kalau nak order air lain mengikut kesukaan masing2..

Tu dia ...Wajah anak2 yang tengah SYIOKKK layan makanan mereka..Tak nak pandang kiri ..pandang kanan sudahhh..Makanan tu lagi best dari layan Umi duk snap gambar ..Hehehee ..Layannn.


Kat sini turut disediakan kemudahan surau siap dengan telekung dan juga sejadah untuk pelanggan menunaikan solat.Kalau rasa malas lagi nak balik rumah lepas makan boleh solat dulu kat sini dan lepak2 melayan perasaan dengan suasana indah di kafe White House Grill.


Sesi Terakhir ..Bergambar sebelum balik ..Kenyang betul makan ..Kenyang sangat2 ..Berbaloi2 makan kat sini ..Makanan sedap dan menyelerakan,owner baik hati,pelayan kafe ramah tamah,servis tip top,kebersihan terjaga,tempat memang cakap la kemas sangat2,kemudahan surau dan juga tandas untuk pelanggan memang TERBAIKKK !!!!!!!!! rugi tau tak datang makan2 kat sini ..

TERIMA KASIH White House Grill Atas Layanan Terbaik Yang Telah Di Berikan ..
InsyaAllah Akan Berkunjung Lagi ..Mark Sikit Muka Budak Techik Tuuu Yaaa...Heheehehehe.


Lupa nak bagitahu White House Grill turut menerima tempahan bagi Majlis hari jadi, Majlis perkahwinan,Majlis pertunangan,Majlis keraian,Majlis cukur jambul dan lain2...Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :

En Sabri Bin Hj Abdullah 
Call : 013 4023549 / 013 3326837
WhatsApp : 016 2850692
Cafe : 09 8686102

Alamat Kafe White House Grill 

Lot 5066,Lorong Paya berenjut 2,
Kampung Paya Berenjut,
24000 Kemaman,Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Artikel Menarik yang Lain

20 sang pencerita

  1. Bestnye suasana dia. Nak makan pun tenang. Kat mane entah ana pernah makan suasana ala2 camni, tak ingat la pulak. Hehe.

    ReplyDelete
  2. nanti farah gi sana, lya belanja ash dengan farah makan sini ek? ekekekeke...

    ReplyDelete
  3. jauh tu nak pergi kecuali sesat di situ ... mmg mengancam menu2nya . suka sgt tgk viewnya yg tenang dan damai .

    ReplyDelete
  4. Menarik ni... boleh juga singgah klu kesempatan jika ada ke sana nanti. Cantik tempatnya.Thanks sharing Lya.. :)

    ReplyDelete
  5. Memg cukup selesa dan suasana yg cntik

    ReplyDelete
  6. lamb n chiken chop mmg favorite kami jgk.

    ReplyDelete
  7. wah .mcam mewah and sedap.. mahal tak ?

    ReplyDelete
  8. Wow! Macam makan di banglo mewah! Menarik sekali!...tapi malangnya jauh sangat...

    ReplyDelete
  9. wahh... sedap2 nampaknye tu.. apesal jauh sgttt...huhuhu

    ReplyDelete
  10. sukanya makan kat tempat macam ni..menu pun menyelerakan betul

    ReplyDelete
  11. uyooo..
    mcm kat rumah je suasana tu yeeee

    ReplyDelete
  12. huwaaaaa jauhnya....
    tapi memang gambar dia nampak sedappppp sangat.....
    anak2 kak lya pun berseleraaaa sangat !

    ReplyDelete
  13. nampak menyelerakan betul tapi jauhhhh di sana :-)

    ReplyDelete
  14. wow menarik nhe... tapi malangnya sangat jauh dari sini... hehehe

    ReplyDelete
  15. Kalau Western food memang saya suka sangat.

    ReplyDelete
  16. Bestnyer boleh topup air free... First time jumpa tawaran gini ^_^

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..