❤ Untukmu Insan Yang Bergelar Sahabat ..❤

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Tengah Hari Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


UNTUKMU SAHABAT..

Ya Allah,
Kau berkatilah ukhwahfillah kami....
Kami hanya insan-insan kerdil yang menumpang buat sementara di atas muka bumi ini..
DariMu kami datang dan dariMu jualah kami kembali...

Ya Allah,
Ukhwahfillah yang kami bina ini...
Adalah dengan izinMu...
Andai ada di antara kami yang terpesong....
Maka kembalikanlah kami ke jalan kebenaran...
Dan jalan yang Engkau redhai.....

Ya Allah,
Engkau titipkanlah dalam hati kami...
Sifat saling hormat-menghormati...
Saling sayang-menyayangi....
Saling kasih-mengasihi....
Agar ikatan ukhwahfillah ini...
Tidak akan terlerai....
Biarkan ianya tersimpul.....

Ya Allah,
Hanya takdirMu yang akan...
Memisahkan ikatan ukhwafillah....
Yang kami bina ini...
Andai itu telah tersurat...
Kami pasrah.....ya Allah
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.


Sahabat....
Seandainya hatimu terluka dan tercalar keranaku.......
Ampun dan maaf ku pohon........

Sahabat......
Terima kasih kuucapkan.....
Kerana memilihku sebagai salah seorang sahabatmu......
Kerana sudi luangkan masamu bersamaku......
Kerana sudi menjadi pendengar setiaku.....
Kerana sudi berkongsi suka dan duka denganku.....
Kerana sudi melayan setiap kerenahku....
Yang entah apa-apa.....

Sahabat.....
Ketahuilah olehmu.....
Kau adalah di antara insan.....
Yang paling ku sayangi dan ku rindui.....
Hilangmu tak mungkin ada penggantinya.....

Sahabat.....
Seandainya takdir memisahkan kita.....
Ku pasrah segalanya.....
Andai itu telah tersurat.....
Maafkan aku wahai sahabat.....
Sesungguhnya aku amat menyayangi dirimu.....
Kini dan selamanya.....

Sahabat.....
Doa dariku sentiasa mengiringi setiap langkahmu....
Dalam mengharungi liku-liku perjalanan hidup....
Moga kau beroleh kebahagiaan....


Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. sweet..terima kasih juga kerana memilih kathy sebagai sahabat...

    BalasPadam
  2. Smoga kita terus bersahabat even di alam maya.

    BalasPadam
  3. Asalam..Lya kena cepat ke laman Etuza ya hehehehe..http://madey09.blogspot.com/2014/10/penerima-anugerah-pongomen-segar-mesra.html

    BalasPadam
  4. sahabat selamanya kak..walaupun belum penh jumpa

    BalasPadam
  5. Asalam Lya..indahnya sajak ni..untuk para sahabat blogger juga ni kan..alhmdulillah dah hayati dengan tenang..dah baca ke anda adalah pemenang ke 3. Alamat , nama dan phone kena bagi etuza cepat2..hehehe

    BalasPadam
  6. Awak nak jadi sahabat saya tak??:p

    BalasPadam
  7. nice one.. semoga kita dipertemukan dengan orang orang yang baik dan ikhlas dalam persahabatan.

    BalasPadam
  8. aaamin ... insha Allah . semoga persahabatan maya berkekalan .

    BalasPadam
  9. Asalam..belum bagi alamat lagi ya Lya, harap dapat bagi cepat ya letak ja dalam ruang ulasan..
    Tahniah menang tempat ke 3

    BalasPadam
  10. Semoga kita terus bersahabat di alam maya ni.
    Kalau ada rezeki bolehlah jumpa di mana2.

    BalasPadam
  11. moga menjadi sahabat yang terbaik :)

    BalasPadam
  12. Aamiin.. semoga bersama kita semua beroleh kebahagiaan serta kejayaan... aamiin.

    BalasPadam
  13. Amin....
    Kak lya kite ktgori sahabat jugak kan...
    Hehehehe

    BalasPadam
  14. Thanx k.Lya sebab sudi jadi sahabat alam maya saya.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.