❤ Jom Ke Pesta ''I EAT NASI LEMAK'' 2 November 2014 ❤

October 28, 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Petang Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Anda peminat nasi lemak? Anda suka makan nasi lemak? Anda pandai masak nasi lemak yang rasanya enak dan lazat? Jom kita ramai2 sertai pesta ini. Untuk maklumat anda,pengendali laman web makanan pertama di Malaysia,FriedChillies Media Sdn. Bhd. (Friedchillies) akan menganjurkan acara ''I Eat Nasi Lemak'' bertempat di TM Covention Centre,Jalan Pantai Baharu ,Kuala Lumpur. Jika anda datang melalui LRT, Jika anda berjalan kaki hanya 3 minit dari Stesen Kerinchi di Kelana Jaya. 

Acara ini bakal berlangsung pada 2 November 2014 bermula jam 10 pagi hingga 5 petang itu bakal mengumpulkan 20 penjual nasi lemak terbaik dari Lembah Kelang dan seluruh Malaysia.Acara ''I Eat Nasi Lemak 2014'' merupakan penganjuran kali kedua selepas kejayaan pada tahun 2013 apabila berjaya menarik 5000 orang pengunjung dalam tempoh lima jam.

Pengurus acara Friedchillies, Hafeez Izwan berkata, pihaknya menjemput penjual-penjual nasi lemak yang baharu pada tahun ini selain mengekalkan beberapa penjual pada tahun lalu. Antara yang menarik ialah nasi lemak ikan keli dan nasi lemak kukus goreng. Pihak penganjur juga menjemput penjual nasi lemakvegetarian dari Kepong, Kuala Lumpur dan penjual nasi lemak organik bagi mereka yang mementingkan kesihatan.

Acara I Eat Nasi Lemak 2014 akan berlangsung seperti Hari Kantin. Para pengunjung perlu membeli kupon terlebih dulu sebelum menukarnya dengan nasi lemak, lauk dan minuman. Setiap kupon bernilai RM2. Pengunjung boleh membeli dalam bentuk buku kupon yang bernilai RM10. Selain berpeluang merasai pelbagai jenis nasi lemak, pengunjung juga boleh menyertai pertandingan makan nasi lemak pada hari tersebut. Friedchillies juga akan melancarkan kempen Hari Nasi Lemak Sedunia.

Anda boleh membeli kupon di  Nasi Lemak Ujang , Greenliciousm,Warung Rindu Pak Ya
Nasi Lemak Kangkung FAM , NL Suri Jalan 223 , Fauzey NL Kukus Goreng, PJ

Sebagai alternatif,anda juga boleh menghubungi pejabat FriedChillies di talian  03-77106809 pada waktu pejabat untuk membuat tempahan


Sumber : KLIK SINI

Artikel Menarik yang Lain

17 sang pencerita

  1. Msti pelbagai versi nasi lemak da kat cne

    ReplyDelete
  2. Bagi peminat nasi lemak berdekatan jgn lepaskan peluang

    ReplyDelete
  3. wow...menarik nie...nak suruh adik ipar yang berniaga nasi lemak ujong pasir melaka masuk....tapi jauh ler pulak....

    ReplyDelete
  4. wahh best ni dapat makan makan nasi lemak..

    ReplyDelete
  5. Yang kuat makan tu apa tggu lagi?
    Rugi x join:)
    Saya memang tergeliat walaupun nak habiskan setengah pinggan nasi.

    ReplyDelete
  6. pesta naik berat badan ni . huhuu

    ReplyDelete
  7. wahhh..feveret ni !! siapa je orang malaysia tak suka nasi lemak niii...wahhh...nice sharing Kak Lya =)

    ReplyDelete
  8. bestnya...irna memang peminat no 1 nasi lemak..x lengkap sarapan pagi klau x ada nasi lemak...tp nak join..jauh la....

    ReplyDelete
  9. Wow menariknye...
    Tapi ayu bukanlah pengemar nasi lemak....

    ReplyDelete
  10. susah gak nak dapatkan kupon . klu blh trus beli kat situ kan senang . baru jer lunch nasi lemak ...

    ReplyDelete
  11. Nicee! Ana nak join. Hehe. Jd tukang masak. Lalala~

    ReplyDelete
  12. Layan ni.. mau kembang perut dgn nasi lemak ni nanti.. :)

    ReplyDelete
  13. Suka nasi lemak. Tapi tak boleh makan hari².

    ReplyDelete
  14. wow..!! pesta macam ni pun hadooo

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.