❤ JELAJAH ASTRO KASIH - Ceramah & Zikir Perdana Maal Hijrah ❤

October 22, 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Pagi Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. 

Bersempena dengan itu, pihak Astro akan mengadakan JELAJAH ASTRO KASIH,Ceramah & Zikir Perdana Maal Hijrah bertema ''HIJRAH ROHANI''. Program ini akan berlangsung pada 25 Oktober 2014 bertempat di Padang SMK Tengku Temenggong Ahmad,Kundang Ulu,Ledang,Johor Darul Takzim.


Ceramah & Zikir Perdana ini juga akan di hadiri oleh Timbalan Perdana Menteri,Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin.

Antara barisan selebriti yang turut serta dalam Program ini nanti ialah Ustaz Kazim Elias,Ustaz Haslin Baharim,Ustaz Amaluddin,Ustaz Zulkifli Hamat,Imam Muda Hizbur,PU Rahmat,PU Yeop,PU Fakhrul,PU Suffian dan juga PU Hafiz.

Program ini juga turut menjemput beberapa orang artis iaitu Mawi,Fizo,Iwan Syahman,Ayai Ilussi,Daqmie,Haziq AF dan juga Silah KE3 bagi memeriahkan lagi majlis.

Bagi yang mempunyai masa terluang dan tinggal berdekatan,dijemput sama sama memeriahkan majlis ilmu ini.Semoga kehadiran tuan puan dalam ilmu ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan bersama.

Artikel Menarik yang Lain

7 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.