❤ Mandi Bunga Mempercepatkan Jodoh ❤

September 04, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..

Mandi Bunga


Soalan: 
Orang mengatakan walaupun jodoh pertemuan di tangan tuhan, kita harus berusaha dan tidak hanya berserah kepada tuhan. Salah satu usaha yang dianjurkan ialah dengan bertemu bomoh yang menganjurkan mandi bunga. Bomoh ini kononnya mengamalkan ayat-ayat AlQuran tetapi mandi bunga ini tetap juga dianjurkan.

Betulkah di dalam perubatan islam terdapat mandi bunga, apakah hukumnya jika mengamalkan mandi bunga ini? Apakah hukumnya jika si anak tidak mahu melakukan mandi bunga ini dan menyebabkan kemarahan kedua ibubapanya yang niat mereka hanya untuk kebaikan anak mereka?

Jawapan: 
Mandi air bunga yang diamalkan dalam perubatan Melayu sekarang tidaklah menjadi kesalahan selagi tidak diitikadkan yang ianya boleh mendatangkan sesuatu kemudaratan atau boleh mendatangkan sesuatu kemanfaatan, kerana kuasa berbuat demikian hanya ada pada Allah SWT sahaja. Mandi air bunga bukanlah perubatan Islam yang Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang tidak menemui jodoh. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman baginda.

Ia hanya datang dari tradisi perubatan orang-orang Melayu, yang mana kesahihannya bergantung kepada sejauh mana penggunaannya tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith. Jika bercanggah hendaklah dijauhkan.

Bagi sesebuah kes, seseorang itu dipaksa mandi air bunga kerana kononnya sebagai mendekat jodoh, tetapi ia enggan berbuat demikian sedangkan ibunya memaksa ia berbuat demikian.Yang terlibat hendaklah berbuat demikian jika difikirkan kemudaratan tidak berbuat demikian lebih besar dari kemudaratan ia mandi air bunga tersebut. Seeloknya perempuan terlibat membaca setiap hari surah Yusuf dan menunaikan solat hajat, mudah-mudahan Allah SWT menganugerahkan kepadanya jodoh yang sesuai dengannya, Insya Allah.

Artikel Menarik yang Lain

21 sang pencerita

  1. mandi bunga nie utk kesegaran badan boleh la..hihi.. minta pada Allah jodoh yg baik2..Allah mesti perkenan..inshaAllah..

    ReplyDelete
  2. macam2... apapun, pada pendapat mama kita usaha cara yang betul lah, berdoa, kalau sombong je, pakwe nak tegur pun cabut larik.. cer maniskan sikit muka tu.. bersosial sikit, .. setakat mandi bunga berpuluh kali kalau gitu jugak.. habis bunga ! tinggal daun je... kikiki

    ReplyDelete
  3. Perkongsian & peringatan yg bermanfaat buat semua.. t kasih Lya.

    ReplyDelete
  4. Lepas mandi bunga, badan jadi harum semerbak kot lepas tu ada la insan terpikat. Hehe ^_^

    ReplyDelete
  5. Better avoid lah..
    Amalkan je doa & solat istikharah.

    ReplyDelete
  6. mandi bunga x pernah, tapi mandi limau pernah la, untuk silat.. wangi..!!!

    ReplyDelete
  7. psstt...nak tau tak...kita pernah jugak mandi bunga..hehehe...mak lah yang sibuk sangat,takut anak dara dia tak laku...

    ReplyDelete
  8. sy tak berani dulu nak buat bnda2 camni.. syukurlah Allah beri jdoh yng cepat.. :)

    ReplyDelete
  9. Saya dulu tak sempat mandi bunga. Tapi mandi air limau kasturi hilangkan kelumumur

    ReplyDelete
  10. dok tengok gambar orang mandi bunga rasa macam best.. sebab ada org tolong siramkan.. hahaha..:p

    ReplyDelete
  11. Ow.. dalam agama Islam ada gak ea mandi bunga ni? :0 Ingatkan masa Hari Wesak orang ramai sibuk nak bawa bunga balik mandi je :3 Nice sharing tho ;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.