❤ Tepung Pelita ❤

August 27, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Rabu Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...



TEPUNG PELITA 

Bahan-bahan A disatukan- lapisan bawah 
1 cawan tepung beras 
sedikit air kapur 
7 helai daun pandan, kisar dan ambil airnya anggaran 3 cawan 

Bahan B : disatukan - lapisan atas.. 
3 cawan santan pekat 
1 senduk tepung beras 
secubit garam 

Bahan C 
Gula pasir secukupnya 
Daun pisang secukupnya, dibuat bentuk bakul 

Cara 
1. Didihkan air untuk mengukus.Masukkan 1 sudu gula atau lebih (ikut manis yang dikehendaki) dalam setiap bakul daun pisang. 
2. Kemudian masukkan adunan A agak-agak ½ atau ¾ bakul. Kukus sehingga masak. 
3. Masakan bahan B anggaran panas. Kemudian masukkan hingga penuh ke dalam bakul. 
4. Kemudian kukus lagi hingga lapisan atasnya masak. Untuk memastikan kuih betul-betul masak, cucuk dengan garpu atau lidi. Kalau tak melekat, masaklah tu.. 
5. Sejukkan dahulu baru makan .

NOTA. 
Kalau sejukkan dalam peti ais lagi sedap. 
Jika tak der daun pisang boleh gunakan mangkuk kecil.


Artikel Menarik yang Lain

32 sang pencerita

  1. Sedapnyee tepung pelita..terliur lak aih..

    ReplyDelete
  2. Lgi sdp klau ada isi jagung

    ReplyDelete
  3. Kuih ni enak sekali dimakan waktu berbuka!

    ReplyDelete
  4. sedapnya..femes time bulan puasa..

    ReplyDelete
  5. Saya suka kuih ni... paling laris ialah bila waktu bulan puasa..

    ReplyDelete
  6. amboi, sedapnya..terliuq..nk buat mlas..hehe..

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak makan kuih ni . Rasa dia pun dayah dah lupa macam mana . Hehehee

    ReplyDelete
  8. wahh...feveret mak AB ni..lagi-lagi time bulan puasa..
    AB kkil tabung nuff sekali =)

    ReplyDelete
  9. anis suke makan.. nak buat tu takot tak menjadi..hihi

    ReplyDelete
  10. sedapnyer..memang best kalau makan sejuk..

    ReplyDelete
  11. suka gak makan ni,,,next time nak try buat la,,tq for resepi

    ReplyDelete
  12. sedapnya kuih tepung pelita ni..kalau dapat tak cukup satu :)

    ReplyDelete
  13. Kuih feveret zumal bila ke pasar tani setiap hujung minggu ^_^

    ReplyDelete
  14. Kami 1 family suka sangat kue ni.
    Kalau letak dalam peti ais.
    Ermmmm...yummy.

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..