❤ Resipi Lasagna ❤

August 23, 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Tengah Hari Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Sumber Gambar : Mr Facebook 

Bahan-Bahan Untuk Resipi Lasagna 

Instant Lasagna (Jenama San Remo) dicelur seketika dalam air panas hingga lembut..
Kalau boleh elakkan merebus sebab tekstur instant lasagna tu boleh melekat sesama sendiri.. 

1 Bungkus Shredded Mozzarela Cheese

Bahan Sos Putih @ Sos Cheese 
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2½ cawan susu (Dutch Lady Full Cream)
2 keping keju cheddar 
Garam secukup rase

Bahan Sos Bolognese
1 biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 tin cendawan butang (carrot pun boleh) 
1 bungkus daging cincang 400 gram
(kalau tiada guna daging buger je) 
Sos pasta (adabi/prego) 
Garam secukup rase

Cara-Cara Memasak Lasagna 

1. Celurkan kepingan lasagna dengan air panas.Pastikan kesemua lasagna tenggelam di dalam air panas.Ini bagi memastikan lasagna lebih lembut sewaktu dibakar nanti. Ketepikan.
2. Cara masak sos bolognese (sama macam masak kuah spagheti).
Tumis bawang. Masukkan daging. kemudian sos pasta/ prego. Masukkan cendawan. Akhir sekali garam secukup rasa.

 Cara Membuat Sos Putih.

Sediakan periuk sederhana besar, buka api kecil dan panaskan mentega. Setelah cair, masukkan tepung dan gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan susu, gaul sekali lagi dan akhir sekali masukkan keju cheddar serta garam secukup rasa. Gaul dan tutup api apabila kesemua bahan kelihatan sedikit likat.

 Keluarkan kesemua kepingan lasagna yang dicelur. Gunakan sudip rata untuk angkat.. kalau pakai tangan, pisahkan slow.. Jangan kalut2.. kulit lasagna tu mudah terkoyak. 

Sediakan bekas untuk membakar lasagna. Ikut kesesuaian oven korang.Tapi make sure ingat, kena susun kepingan lasagna tue bertingkat-tingkat ye.

Cara Susunan Lasagna

Lapisan pertama : Susun kepingan lasagna di dalam bekas sehingga menutupi kesemua ruang. Ratakan bahan yang digoreng di atas permukaan lasagna. Kemudian tuangkan satu lapisan sos putih di atas permukaan daging. Taburkan lada hitam, oregano dan parutan keju.

Ulang sekali lagi langkah 6 bagi lapisan kedua, begitu juga untuk lapisan ketiga. Tapi lagi banyak lapisan.. tekstur lasagna kita lagi kukuh.. Kalau tak nanti jd lembik je.. Cume rase daging tue kurang ler.. 

Panaskan / preheat ketuhar / oven dahulu pada suhu 180ºC. Kemudian, bakar lasagna dengan suhu 170ºC selama 35 hingga 40 minit. 

Selamat Mencuba....

Artikel Menarik yang Lain

38 sang pencerita

  1. nanti balik KL boleh try buat nii.. sedapnyaa...

    ReplyDelete
  2. sodapnya...
    bila ler shark nk dpt rasa nie.
    nk buat mmg jauh sekali nie.
    heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena mintak mama buatkan la Shark..hehehe..

      Delete
  3. Ada yang boleh buat lasagna guna roti.

    ReplyDelete
  4. aduh..nampak sedap dan lapar balik...huhu

    ReplyDelete
  5. adoi, sedapnya..terliuq wlaupn dgn mmbca je..hehe..

    ReplyDelete
  6. ermmm! sedapnyaaa
    MG blom try lg buat sndri
    lg2 kalau guna susu ni tkot rasa len macam :)

    thanks mnbung kt mr nuff.. then now ur turn ...tabungg anak2 all klik done :)

    ReplyDelete
  7. nampak sedap. senang jugak ye nak buat lasagna ni. boleh la cuba nanti. hehe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang jer .. tp kalau bab2 melekat tu la ssh sikit ..

      Delete
  8. Terliur la tengok lasagna nie... Teringin nak try buat ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lerr kita .. teringin nk buat..

      Delete
  9. haishhhh melelehhh air liur sha tau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa sedih la pulak buat Sha meleleh air liur...

      Delete
  10. Tak pernah merasa lasagna ni. Nak try buat sendiri takut tak menjadi la pulak.

    ReplyDelete
  11. shida dah lama teringin nk mkn kak lya oiii..selalu xbksempatan! nk rasa dlu baru nk bt sndri heheee..blh x cmtu? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin nk mkn ...kena buat ni Shida...

      Delete
  12. Tak penah cuba dan mkn lagi nih.

    ReplyDelete
  13. Baca resepi dah buat air liur meleleh...aduhai...

    ReplyDelete
  14. Suka sangat makan ni.
    Tapi xpernah buat walaupun dah banyak kali search recipe & loss recipe tu xD

    ReplyDelete
  15. Pieww... serius tak tolak ni.. menyelerakan.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.