❤ Kristal Maya ❤

August 18, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Isnin Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Sumber Gambar : Mr Google

Slot: 
Samarinda TV3

Para Pelakon: 
Amyra Rosli, Shahz Jaszle, Rahim Jailani, Elly Mazlein, Ika Nabella, Dilla Ahmad, Zarina Zainuddin, Shaharuddin Thamby, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Amar Baharin, Hefny Saad dan Shakila Khoriri.


Sinopsis Kristal Maya

Maya (Amyra Rosli) lulus temuduga di syarikat penerbitan Kristal yang ditemuduga sendiri oleh Pengarah Syarikatnya sendiri Dato Efendi  (Rahim Jailani) yang dibantu oleh Mona( Elly Mazlin) adik ipar Dato selaku Ketua Bahagian Penerbitan.

Maya diterima bekerja sebagai Penolong Pengarah Kreatif. Pada hari pertama bekerja sahaja,kekecohan berlaku apabila Ezam (Shah Jaszle) Ketua Pengarah Kreatif sangat dingin dan tegas.

Maya tinggal bersama ibunya Aziah ( Dilla Ahmad) dan adik lelakinya Muadz (Ryzal Jaafar) yang masih menuntut di kolej sama dengan anak Dato Efendi Sharizan (Hefny).

Syukri (Amar Baharin) anak sulung Dato Efendi jatuh cinta pandang pertama dengan Maya.Syukri seorang kasanova menggunakan kedudukannya sebagai Penerbit Eksekutif untuk menggoda perempuan yang diminati.Dato' sering memberi amaran kepada Maya tentang anaknya Shukri yang sering mempermainkan hati wanita. Dia tidak mahu Maya menjadi mangsa.Maya tidak memperdulikan nasihat itu, kerana beliau seorang yang sukar jatuh cinta dan fokusnya hanya pada kerjaya.

Maya merasakan sesuatu yang luar biasa dengan perwatakan Ezam yang dingin seolah menyimpan rahsia tentang dirinya.Apabila mereka semakin rapat, Maya semakin ingin tahu rahsia diri Ezam. Ezam pula makin keliru apabila satu perasaan pelik terbit pada hatinya pada Maya.

Apakah yang bakal terjadi seterusnya .. Saksikan Kristal Maya di Slot Samarinda setiap Rabu dan Khamis jam 10.00 malam hanya di TV3.

Sumber Gambar : Mr Google


Artikel Menarik yang Lain

11 sang pencerita

  1. mama tonton cite ni.. macam best.. kita tengok sesama

    ReplyDelete
  2. baru tengok episode pertama hari tu lya... hu hu hu...

    ReplyDelete
  3. Ana ary tu tgk sikit2 je. Suka ngan watak heroin dia tu. Hehe

    ReplyDelete
  4. Bersiri ke... Haduii.. Mmg tak layan sgt la...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum lya...tengok juga satu episod hari tu mcm best jer...:)

    ReplyDelete
  6. Belum pernah tengok walaupun sekali... wife dok layan cite korea, huhu...

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..