❤ Soal Jawap Puasa Dan Bulan Ramadhan ❤

July 06, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ..
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Soal Jawap Tentang Puasa


Soalan 1
Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi yang berpenyakit asma) semasa berpuasa?
Jawapan.
Menggunakan ‘inhaler’ semasa berpuasa boleh membatalkan puasa. Dalam hal ini perlu dilihat orang yang berpenyakit asma yang kehidupan hariannya sepanjang hayat bergantung kepada penggunaan ‘inhaler‘ (tidak boleh tidak) maka gugurlah kewajipan berpuasa ke atas dirinya dan dia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu secupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan. Tetapi jika penggunaan ‘inhaler’ hanya pada waktu ia memerlukan sahaja (kritikal) dan kebetulan semasa itu ia berpuasa, puasa tersebut dihukumkan terbatal dan ia wajib mengqada semula puasa tersebut.

Soalan 2
Apakah hukum memakai kanta sentuh di bulan puasa?
Jawapan.
Sah puasanya kerana mata bukanlah rongga yang terbuka. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.

Soalan 3
Adakah sah puasa seseorang, ketika sedang bersahur terdengar azan subuh berkumandang?
Jawapan
Sah puasanya, dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus membuang sisa makanan yang berada di dalam mulutnya.Walau bagaimanapun ada sesetengah pendapat mengatakan, berhenti makan serta merta dan tidak perlu terus membuang sisa makanan yang berada di dalam mulut.
Wallahu A’lam.

Soalan 4
Adakah sah puasa sekiranya memberus gigi selepas azan subuh berkumandang untuk menunaikan solat subuh di dalam bulan puasa?
Jawapan
Sah puasa memberus gigi selepas azan subuh berkumandang. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.

Soalan 5
Bilakah waktu yang sesuai untuk mandi wajib selepas bersama dengan suami/isteri pada malam hari pada bulan Ramadan?
Jawapan
Waktu yang paling sesuai untuk mandi wajib ialah sebelum terbit fajar, iaitu sebelum masuk waktu subuh. Waktu subuh tempohnya pendek dan solat yang afdal ialah solat yang dilakukan pada awal waktu. Melambat-lambatkan mandi wajib adalah makruh. Ini kerana apabila seseorang itu berada dalam hadas besar maka banyak perkara yang tidak boleh dilakukannya seperti membaca Al-Quran, solat dan sebagainya.
Justeru, adalah dituntut seseorang yang berhadas besar agar segera menyucikan dirinya dengan mandi wajib. Secara fitrah, naluri insan seseorang itu tidak suka dirinya berada dalam kekotoran. Orang berhadas besar tidak berapa selesa berbanding dengan waktu dia bersih daripada hadas besar.
Sekiranya seseorang lelaki atau perempuan berjunub pada malam hari dalam bulan Ramadan dan tidak sempat mengangkat hadas besar sehingga terbit fajar (masuk waktu subuh), maka puasa kedua-dua mereka sah dengan syarat mereka berniat pada malam hari. Sama juga keadaan ini bagi mereka yang bermimpi pada malam hari sehingga keluar air mani.
Pandangan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan melihat kepada apa yang diberitakan oleh isteri-isteri Rasulullah s.a.w. iaitu Aisyah dan Ummu Salamah yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah dalam keadaan junub ketika masuk waktu fajar kemudian baginda mandi (mandi selepas masuk waktu solat subuh). (al-Lu’lu’ wa al-Marjan, jld, 2, hlm, 11, al-Bukhari dan Muslim) .

Soalan 6
Adakah wajib berniat pada tiap-tiap malam? Dan bolehkah berniat untuk 30 hari bulan Ramadan?
Jawapan
Ya, wajib berniat pada tiap-tiap malam (di antara waktu berbuka puasa sehingga masuk subuh keesokan harinya). Boleh berniat untuk 30 hari tetapi wajib disertakan niat pada tiap-tiap malam. Ianya boleh membantu tatkala kita terlupa berniat pada malam-malam tertentu.

Soalan 7
Suntikan, adakah membatalkan puasa?
Jawapan
Tidak, Ini kerana suntikan dilakukan bukan pada anggota rongga(halkum, telinga, hidung dan lain-lain). Namun begitu, jika suntikan semata-mata untuk menambah tenaga seperti suntikan glukosa dan lain-lain maka ia membatalkan puasa.

Soalan 8
Apakah maksud al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadan sedangkan al-Quran diturunkan berperingkat-peringkat?
Jawapan
Maksudnya ialah al-Quran diturunkan keseluruhannya (jumlah wahidah) dari Luh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah (langit dunia)  dalam bulan Ramadan pada malam Lailatul Qadr. Seterusnya Malaikat Jibril a.s menurunkannya secara beransur-ansur kepada Nabi Mauhammad s.a.w.

Soalan 9
Ahmad baru menerima cahaya mata ketiga selepas tiga hari berpuasa Ramadan adakah ia wajib membayar zakat fitrah untk anaknya tersebut?
Jawapan
Ya. Wajib ia membayar zakat fitrah anaknya itu.

Soalan 10
Ketika tidur di siang hari, Ahmad bermimpi hingga terkeluar air mani, adakah batal puasanya?
Jawapan
Tidak batal.

Soalan 11
Ahmad menunaikan umrah dalam bulan Ramadan. Selepas berpuasa 28 hari di Mekah ia pulang ke Malaysia sedang orang Islam di Malaysia sudahpun menyambut hari raya. Apakah yang perlu dilakukan oleh Ahmad?
Jawapan
Ahmad hendaklah berhariraya di Malaysia dan tidak boleh berpuasa,cumanya ia wajib mengqada`satu hari puasa. Ini kerana puasa Ramdan hendaklah 29 hari atau 30 hari.

Soalan 12
Bagi wanita, bolehkan mengambil pil perancang bagi menangguh kedatangan haid untuk membolehkan ia berpuasa penuh di bulan Ramadan?
Jawapan
Boleh, dengan syarat tiada sebarang kemudaratan, namun digalakkan tidak mengambilnya dan kekal dalam keadaan semulajadi.

Soalan 13
Menelan kahak, adakah membatalkan puasa?
Jawapan
Kahak yang melepasi halkum (makhraj huruf ح ) jika ditelan boleh membatalkan puasa.

Soalan 14
Apakah hukum menderma darah ketika berpuasa?
Jawapan
Tidak membatalkan puasa.

Soalan 15
Wanita memakai gincu ketika berpuasa?
Jawapan
Tidak digalakkan, dibimbangi gincu boleh bercampur dengan air liur dan ditelan boleh membatalkan puasa.

Soalan 16
Bolehkah menunaikan solat Tarawih selepas solat Maghrib sebelum masuk waktu isyak?
Jawapan
Tidak boleh kerana bercanggah dengan sunnah Nabi s.a.w.

Soalan 17
Bolehkah mencabut gigi ketika berpuasa?
Jawapan
Boleh dengan syarat hendaklah dipastikan air kumuran tidak mencecah rongga.

Soalan 18
Seseorang yang dirogol adakah batal puasanya?
Jawapan
Tidak batal puasanya. Ini kerana perbuatan rogol adalah perbuatan paksaan bukan persetubuhan dengan sengaja. Hal ini samalah dengan seseorang yang termuntah dengan tidak disengajakan.

Soalan 19
Seorang suami ingin menyutubuhi isterinya di siang hari di bulan Ramadan. Adakah berdosa seorang isteri menolak keinginan suaminya itu?
Jawapan
Tidak berdosa kerana suami meminta sesuatu yang berupa maksiat di sisi Allah S.W.T

Soalan 20
Bolehkah bernikah di dalam bulan Ramadan?
Jawapan
Ya, pernikahan boleh dilakukan pada bulan bila sekalipun.

 Sumber : Soal Jawap JAIS 


Artikel Menarik yang Lain

24 sang pencerita

  1. perkongsian yg baik kak Lya..:D

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan, saya follow awak dari segmen : http://caraleezaty.blogspot.com/2014/07/giveaway-ramadhan-raya-by-syira-lokman.html

    ReplyDelete
  3. Tq sis atas perkongsiannya...

    ReplyDelete
  4. serba sedikit lya dapat tahu mana yg kurang fhm

    ReplyDelete
  5. perkongsian yg baik.. salam ramadhan..

    ReplyDelete
  6. Sangat bermanfaat sekali..tqvm sis..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dapat zumal menimba ilmu di sini

    ReplyDelete
  8. segala persoalan bermain di minda telah terjawab,,tq sis :)

    ReplyDelete
  9. dah niat puasa sebulan pon kena niat jugak tiap hari rupanya..
    good sharing kak lya..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum lya...perkongsian yg baik...:)

    ReplyDelete
  11. sangat bermanfaat perkongsian ni kak

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.