Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..
SCAM ALERT
Siapa sangka kegembiraan bercuti di hotel boleh bertukar musibah apabila anda mungkin kehilangan wang hanya dengan menerima satu panggilan telefon yang didalangi oleh sindiket penipuan.
Kebelakangan ini, terdapat satu sindiket penipuan licik yang memperdaya penginap hotel dengan membuat panggilan ke bilik hotel secara rambang bagi mendapatkan maklumat kad kredit mereka.
Modus Operandi Yang Digunakan:
1. Mangsa menginap di sebuah hotel dan telah membuat pembayaran menggunakan kad kredit.
2. Ahli sindiket akan membuat panggilan ke hotel tersebut sebelum meminta disambungkan ke mana-mana bilik secara rambang.
3. Semasa berada dalam bilik, mangsa menerima panggilan telefon yang kononnya daripada “front desk” hotel, berkenaan masalah pengesahan kad kredit.
4. Ahli sindiket akan memperdaya memastikan mangsa untk percaya panggilan tersebut adalah daripada “front desk” hotel dengan gaya percakapan yang profesional.
5. Mangsa diminta membacakan semula nombor kad kredit dan membuat pengesahan tiga digit nombor di belakang kad kredit yang telah digunakan.
6. Mangsa yang percaya akan memberikan semua maklumat kewangan yang diminta oleh ahli sindiket.
Nasihat Polis:
1. Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada sekiranya menerima apa-apa panggilan yang meminta maklumat kewangan terutamanya maklumat kad kredit.
2. Ambil sedikit masa untuk bertanyakan beberapa soalan kepada pemanggil dan rujuk kepada orang ketiga (ahli keluarga/rakan) sebelum memberikan sebarang maklumat atau respon.
3. Dinasihatkan urusan pengesahan kad kredit hanya dibuat secara bersemuka di kaunter.
Sumber : Fb Polis Di Raja Malaysia
19 Ulasan
Tuhanku's kak atas pringatan
BalasPadamLagi taktik jenayah.. Macam2 jenayah penipuan berlaku kat negara ni. Hm..
BalasPadamMacam2 cara orang menipu sekarang ni yer ;)
BalasPadamThanks Lya , good info...salam 12 ramadhan ..p/s menu apa lah ye masak hr ni..
BalasPadammacam-macam cara orang jahat ni.hmm.be careful :)
BalasPadammacam-macam sekarang ni ya Kak Lya
BalasPadamtq for the info sis
BalasPadamnice sharing....nasib baik tak guna kredit kad.....
BalasPadamish tak pasal2..dunia skarang penuh tipu muslihat..
BalasPadaminfo yg bagus utk pendedahan org ramai
BalasPadamskrg mcm2 bentuk scam
moga mereka yg buat perbuatan terkutuk ni diberi hidayah n kesedaran
mcm2 cara ye skrg ni
BalasPadamTerima kasih kak atas perkongsiannya. Saya ni tak reti nak guna kad-kad booking hotel ke, tiket penerbangan, biasa minta mak abah je uruskan. ;v
BalasPadambahaya betul...
BalasPadamErkk..macam ni pun ada..
BalasPadamApepun, x boleh dedahkan 3 nombor kat blkg kad. Even mase swipe kat mane2..jgn biarkan cashier bace no tu.
Bahaya giler ni..
BalasPadambahayanya sekarang,,,,semoga kita semua dijauhkan...
BalasPadamterima kasih sis atas info.. mcm2 taktik penipuan wang sekarang nie..
BalasPadamMujur xde kad kredit...
BalasPadamAde je tak tik yang dorang gunakan untuk menipu..kena hati hati ni.
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.