❤ Maklumat Persediaan Pesakit Untuk Pembedahan Harian ❤

July 06, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ..
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Alhamdulillah jika tiada aral melintang anak2 Lya ,Insyirah dan juga Akif  akan menjalani pembedahan pembuangan Tonsil pada hari esok 7.7.2014 jam 7.00 pagi.Untuk pembedahan ni tak memakan masa yang lama sekitar 1/2 jam sahaja.Dan Lya memilih untuk pembedahan harian atas saranan Doktor.Jadi selepas selesai pembedahan dan selesai semua urusan,anak2 Lya akan terus dibawa pulang ke rumah....

Jadi Insyirah & Akif tak perlu dimasukkan ke Wad.Lagipun Lya lebih senang menjaga anak2 dirumah.Senang untuk masak untuk mereka sebab selepas pembedahan mereka tidak dapat makan makanan pejal ..Hanya aiskrim,jelly dan juga bubur yang dibenarkan.Kalau kat rumah lebih senang Lya memantau keadaan mereka..Untuk keselesaan mereka juga.


Di sini Lya nak kongsikan sikit tentang Maklumat Persediaan Pesakit Untuk Pembedahan Harian yang dikeluarkan oleh pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)

Garis Panduan Untuk Berpuasa Sebelum Pembedahan

1. Tidak dibenarkan makan makanan berat selepas jam 12:00 tengah malam pada hari pembedahan akan dilakukan .
2. Di larang merokok sekurang2 nya 24 jam sebelum dan selepas pembedahan.
3.Di larang minum minuman keras sekurang2nya 24 jam sebelum dan selepas pembedahan.

Panduan Semasa Masuk Wad 

1. Pesakit dan waris dikehendaki berada di Wad Pembedahan Harian (Daycare Ward) sebelum jam 7:00 pagi hari pembedahan akan dijalankan.
2. Jika mengambil ubat untuk penyakit yang sediaada,sila bawa ubat ubatan tersebut bersama.
3. Sila bawa Surat Sekolah atau Surat Jaminan Majikan Bersama.
4. Sila pastikan waris atau teman berada di sepanjang masa bersama pesakit semasa di wad dan semasa berada di rumah selama 24 jam.

Kemudahan Yang Perlu Ada 

1. Pesakit dimestikan berteman balik dengan pengangkutan persendirian (kereta) untuk memudahkan perjalanan di antara rumah dan hospital.
(Motosikal dan kemudahan pengangkutan awam sama sekali tidak dibenarkan)
2. Pesakit juga dilarang memandu kereta/jentera untuk selama 24 jam selepas pembedahan.
3. Telefon bimbit/Telefon rumah.

Sekiranya pesakit menghidap demam,batuk,selsema atau cirit birit,tuan/puan mungkin tidak sesuai untuk dibius.Sila hubungi Wad Pembedahan Harian (Daycare Ward) ditalian : 09-5133333 samb. 2829 / (Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5.00 Petang )

Garis Panduan Selepas Discaj 

1. Sekiranya pesakit didapati mempunyai gejala2 berikut :
a. Mengantuk,meragam,susah bernafas,muntah yang berlebihan,sakit yang kuat serta pendarahan di tempat pembedahan atau ;
b. Sekiranya tuan/puan bimbang akan tahap kesihatan pesakit 

Sila Hubungi ;

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
No Tel : 09 5133333 samb.2512/2514 (bedah-SOPD) @
samb.2202/2203 (sakit puan)

ATAU 

Jabatan Kemalangan Dan Kecemasan (Emergency)
(Bercakap dengan Pegawai Perubatan yang bertugas dengan memaklumakan ) :
- Nama Pesakit
- Pembedahan Yang Dijalankan
- Masalah Kesihatan

2. Sekiranya pesakit menghadapi apa-apa masalah berkaitan dengan pembedahan yang dilakukan sebelum tarikh teujanji selanjutnya,sila bawa pesakit ke Wad Pembedahan Harian (Daycare Ward )/Klinik Pembedahan semasa waktu pejabat.
3. Sila ambil perhatian bahawa pesakit mungkin akan dimasukkan ke wad pembedahan sekiranya keadaan memerlukan.
4. Pesakit dilarang membuat keputusan yang mustahak 24jam selepas pembedahan.

Semoga segala yang telah diatur berjalan lancar ...InsyaAllah ..Doakan anak2 Lya ya Sahabat..


Artikel Menarik yang Lain

19 sang pencerita

  1. Semoga Insyirah dan Akif selamat menjalani pembedahan

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan & Salam Perkenalan..
    Nanti jemput join GA saya ye :)
    http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html

    ReplyDelete
  3. salam singgah. mendoakan yg terbaik untuk anda sekeluarga. inshaAllah. amin

    ReplyDelete
  4. last year saudara ayu pun bedah tongsil. makan eskrem je dia. hehe. in sha allah jap je dah sembuh tu...aamiinn

    ReplyDelete
  5. Semoga semuanya dipermudahkan sis...
    InshaAllah

    Btw, Tq for the info juga

    ReplyDelete
  6. semoga semuanya berjalan dengan lancar. insya-ALLAH. ^^,

    ReplyDelete
  7. moga segalanya berjalan Lancar ya Kak Lya....info yg sememangnya bermanfaat.

    ReplyDelete
  8. Moga segalanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  9. semoga semuanya lancar ye sis..

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum...

    Semoga segalanya berjalan baik.. dan tonsil tu dapat dibuang segera... k. Sihat dan aktif macam dulu..Insaallah.

    mselim3

    ReplyDelete
  11. good tips,,tq for sharing,,,semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  12. err takutnyaa.. semoga adik akif dgn kak insyirah kuat..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum lya...moga semuanya dipermudahkan..:)

    ReplyDelete
  14. Semoga dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  15. semoga dipermudahkan kak lya.
    Info sebelum dan selepas menjalani pembedahan pon bagus.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.