❤ Kupon Ramadhan Bersama Palestin ❤

July 13, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ..
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Kupon Ramadhan Bersama Palestin

Sempena kempen Ramadhan Bersama Palestin pada tahun ini, Aman Palestin telah memperkenalkan Kupon Ramadhan Bersama Palestin. Kupon Ramadhan Bersama Palestin ini bernilai RM10. Nilai RM10 dipilih kerana kami amat meyakini bahawa ianya adalah nilai yang mampu diberikan oleh rakyat Malaysia buat membantu rakyat Palestin yang kini sedang sengsara dan menderita. Setiap individu adalah dialu-alukan membeli lebih daripada satu kupon.

Aman Palestin mensasarkan RM5 juta daripada hasil jualan kupon ini. Dana terkumpul ini akan digunakan bagi tujuan sahur, berbuka puasa, anak yatim, keluarga miskin, perubatan, pendidikan, pembangunan, pertanian dan pelbagai lagi projek Aman Palestin untuk rakyat Palestin.

Bagaimana ingin menyumbang melalui kupon ini?
1. Kunjungi pejabat kami di seluruh Negara.
2. Masukkan duit ke akaun Aman Palestin dan maklumkan kepada pengurus cawangan kami yang berhampiran anda melalui SMS/ WhatsApp/Telegram dengan mesej ‘Saya mahu Kupon Ramadhan Bersama Palestin 1/3/5/10/20 (jumlah kupon dikehendaki. 1 kupon bersamaan RM10). 

Kami amat berharap semua sumbangan pembelian kupon ini melalui kemasukan duit ke akaun Aman Palestin dimaklumkan kepada kami melalui cawangan yang paling hampir dengan anda. Ianya amat penting agar kami mengenal pasti jenis dan tujuan sumbangan tersebut.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kami merayu dan menyeru semua rakyat Malaysia memberi sumbangan kepada Aman Palestin dengan pembelian kupon ini. Gunakanlah kesempatan bulan Ramadhan ini untuk mendapat setinggi-tinggi ganjaran Ilahi.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan, sokongan dan dokongan anda kepada Aman Palestin selama ini. Kami amat hargainya.

Keikhlasan Anda, Ketelusan Kami
Ingat Palestin, Ingat Aman Palestin

Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad 
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Islam: 12029010047880
RHB: 21245760004907
Muamalat: 12070005133717
Bank Rakyat: 220806195922

Nombor perhubungan para pengurus cawangan di setiap negeri:

Ibu pejabat (Bangi): 0182861524
Perlis: 0133924015
Kedah: 0173663063
P Pinang: 0134400929
Perak: 0195745334
Damansara: 0196227019
Shah Alam: 0133513040
Negeri Sembilan: 0136391003
Melaka: 0132224718
Johor: 0187910651
Pahang: 0139337845
Kemaman Dungun: 0139811406
Terengganu: 0139981343
Kelantan: 0139841967
Sarawak: 0194991610
Sabah: 0198852165
Labuan: 0193127573


Sama2 Kita Membantu Saudara Islam Kita Di Palestine 

#Gaza
#GazaUnderFire
‪#‎SaveGaza‬
#PrayForGaza
#SavePalestine
#StopAggression


Artikel Menarik yang Lain

14 sang pencerita

  1. ni la rakyat yang prihatin..jom sama2 membantu

    ReplyDelete
  2. terima kasih berkongsi...jom membantu...

    ReplyDelete
  3. jom membantu apa yang termampu :)

    ReplyDelete
  4. semoga ramai yg sudi membantu lg2 dlm bulan mulia ini berlipat kali gajaran pahalanya.

    ReplyDelete
  5. mari kita saling rentangkan tangan,bahu-membahu untuk meringankan beban saudara-saudara kita disana, ayo berkongsi

    ReplyDelete
  6. menghulur kepada yg lbh memerlukan ... invest n 2x promoted content

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, jom kita saling bantu mereka disana!

    ReplyDelete
  8. Mari bantu saudara kita di sane. Perkongsian yg sgt2 bermakna. :)

    ReplyDelete
  9. Mari sama2 kita membantu bagi yg memerlukan

    ReplyDelete
  10. Bagus ada camni..dapat membantu sedikit sebanyak kan.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.. pasti gembira mereka..;)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.