❤ Kek Gula Hangus Bersarang Semut ❤

July 13, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ..
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Sumber Gambar : SINI

KEK GULA HANGUS BERSARANG SEMUT


1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

Gula digoreng dengan api sederhana besar.Bila gula dah agak cair masukkan air panas.Tutup api & cepat2 masukkan air panas agar tak meletup letup.Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Dah siap ketepikan gula yang dah keperangan tu kat tepi ..Sejukkan .

4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara2
Pukul telur hingga kembang & pekat.
Masukkan susu pekat - Mixer hingga sekata 
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terlebih dahulu.
Tuangkan esen vanila
Dan akhir kekali, masukkan gula hangus yang dah sejuk tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 minit suhu oven 160%C api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah ataupun boleh juga dikukus selama satu jam hingga masak.

Tips
1. Gula tu boleh dikacau,biarkan atas kuali gunakan senduk kacau pun boleh biarkan sampai gelap, jgn risau, rasa dia akan sedap rasa gula dah hangus mcm rasa coklat. warna dia akan hitam. kalau nak lagi hitam, tambahkan camca kecik koko campur air panas sikit dan tuang, lagi sedap rasa dia...

2. PERHATIAN pukul telur jangan lama....sebab akan keringkan kek,pukul sekadar telur kuning pecah dan rata dah mencukupi..Masa masukkan susu dan tepung pun mesti kacau sekejap je sebab hasilnya nanti kek akan lembab dan juga lembut....

3.Lagi satu tip ialah aluminium foil mesti di gunakan untuk tutup loyang kek tu sebab hasilnya kek anda akan lebih cantik daripada di letakkan kain pada sekeliling tudung pengukus tu....( tapi kalau tak de aluminium foil, mesti kena tutup tudung pengukus tu dengan kain disekelilingnya)

Sumber : Facebook 

Artikel Menarik yang Lain

24 sang pencerita

  1. waaa.. mesti sedap ni.. :)

    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ

    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok NOTED ..tq ya sudi singgah .. Sedappp !!! jom la buat kek hehehe .. Boleh ker ejulz !!!

      Delete
  2. sedapnyee kak lya.. kalau minum dengan air teh suam nie sedap nie..hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg Sedappp !!! Jom jom kita pakat2 buat ya Aniss

      Delete
  3. Favourite!!! Tapi tak reti buat.. tunggu orang buat baru boleh merasa. Sob! Ni kena try ni

    ReplyDelete
  4. Wow nampak sedap ni lya.. Dah lama tak buat kek gula hangus

    ReplyDelete
  5. Dulu kecik2 selalu makan. Rindu nak makan kek ni. Wuuu~

    ReplyDelete
  6. Sedapnya...tak pernah lagi cuba buat ;)

    ReplyDelete
  7. Wah !! Sedapnya.. kena suruh mak buat ni. BTw, jom singgah blog Aad, ada sales raya besar-besaran hanya pada 16 julai.. jomlah kalau sudi

    http://aadhirahfarhana.blogspot.com/2014/07/super-raya-sale.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapp .. Ok Aad nnt Kak Lya singgah ya ..

      Delete
  8. Senang nie... Boleh zumal try nanti :)

    ReplyDelete
  9. La igtkan kek gula tu hangus la tadi...haha...1st time dgr nama tuh...
    Jom terjah entri terkini MINDAKABUR : Bluestacks Menjalankan Aplikasi Android Pada Komputer

    ReplyDelete
  10. sy suke sgt kek ni..tp xpndai buat...huhuuhuhu

    ReplyDelete
  11. sedapnyer..saya suka kek gula hangus..

    ReplyDelete
  12. favourite ni,,mak slalu wat,,hihi sodappppp

    ReplyDelete
  13. Wah.. Lama tak makan kek gula hangus...

    ReplyDelete
  14. Tak pernah lagi buat kek gula hangus ni.nanti bolehlah try kan

    ReplyDelete
  15. husna suka kek ni kak!! kdg sejali hadap je..:p

    husna klik mayfair..:)

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..