❤ Hati Hati - Bahaya Mi Segera ❤

July 04, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ..
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Hati Hati - Bahaya Mi Segera 

10 Ramuan Bahaya Dalam Mi Segera

- Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
- Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
- Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
- Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api)
- BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
- Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
- Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
- Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
- Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
- Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.

Sumber Gambar :- Mr Google
- Lebih 100 bahan penambah dalam mi segera merupakan bahan kimia yang dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO.
- Daripada kesemua bahan penambah itu, 25 daripadanya adalah garam natrium.
- Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium!
-  Mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi.
- Menurut Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000 kcal.
-  Pewarna tiruan (seperti Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyebabkan kepada gangguan visual dan pembelajaran.

Oleh itu, hati-hati bila nak mengambil sebarang makanan segera.

Hati2 ya Sahabat ..

Artikel Menarik yang Lain

18 sang pencerita

  1. Jangan selalu makan mee goreng atau maggi...hehe

    ReplyDelete
  2. TQ atas peringtn.. biasa dah mkn mee segera nie.. biasalah student kan.. hukhuk

    ReplyDelete
  3. alaaa...makanan fevret den ni.
    Tapi dah lama kurangkan.

    ReplyDelete
  4. Time bujang laa paling rajin makan megi. Huhu

    ReplyDelete
  5. Semua makanan sedap( processed food) tu bahaya.
    Termasuk gula, garam halus,..dia jadi toksik dalam badan
    Sedih bila tahu semua tu..kenapa pihak berkuasa tak berusaha untuk rakyatnya mendapat sumber makanan yg sihat? Iklan MSG/ajinamoto tu sakit hati ira tgk

    ReplyDelete
  6. ok kak..lya pun dah jarang dah makan maggie

    ReplyDelete
  7. Terima kasih di atas perkongsian ini. dahsyatnya..

    ReplyDelete
  8. saya pernah tengok satu video kilang mi segera..mengotorkan

    ReplyDelete
  9. Iera share yaa Kak Lya~ :)

    ReplyDelete
  10. Makan dgn kadar yg sederhana bolehlah, time nak cepat tu bolehlah menjamah maggi ni...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak, alaaa masa mengandung haritu ada juga termakan sekali dua. lepas gian. pasni mungkin akan cuba jauhkan diri daripada maggie :(

    ReplyDelete
  12. Sejak 2 tahun lepas dan skrg mmg dah jarang sgt makan megi. Sbb da set dlm kepala megi ni membahayakan.

    ReplyDelete
  13. kesan jangka masa panjang.. student lah yg slalu sgt consume sbb senang masak.. aduyaii..

    ReplyDelete
  14. Lama juga dh x mkn mee segera..

    ReplyDelete
  15. SA x amik selalu la...if betul2 teringin baru makan...

    ReplyDelete
  16. sesekali teringin je baru makan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..