❤ Crime Alert - Toreh & Seluk ❤

July 22, 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Tengah Hari  Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...

CRIME ALERT: TOREH DAN SELUK

Sumber Gambar  : Mr Facebook 

Bersiar-siar sambil membeli belah merupakan satu daripada aktiviti utama masyarakat Malaysia pada hari ini. Kawasan-kawasan tumpuan seperti pusat membeli belah, karnival, festival dan pasar awam akan sentiasa sesak dengan pelbagai ragam manusia.

Namun, keriangan menikmati aktiviti tersebut boleh diragut apabila barangan berharga yang disangkakan selamat di dalam simpanan (di dalam beg tangan/beg atau seluar) hilang tanpa disedari.

Pastikan diri tidak dijadikan sasaran oleh sekumpulan individu yang mengambil kesempatan melakukan jenayah dengan menggunakan taktik "toreh dan seluk".

Perbuatan dan pergerakan mereka ini sungguh licik dan profesional sehinggakan mangsa hanya menyedari barangan berharga milik mereka hilang apabila ingin menggunakannya.

Ikuti Modus Operandi (M.O) dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.

Modus Operandi 

1. Suspek terdiri daripada sekumpulan lelaki atau wanita.
2. Menjadikan kawasan tumpuan ramai antaranya pusat membeli belah, jejantas dan pasar awam sebagai lokasi jenayah.
3. Suspek akan menoreh beg atau poket seluar mangsa menggunakan pisau manakala seorang lagi rakan akan menyeluk beg atau poket seluar mangsa untuk mengambil dompet dan barang berharga termasuk telefon bimbit tanpa disedari sesiapa.

Nasihat

1. Sentiasa membawa wang dalam jumlah yang kecil atau secukupnya semasa berkunjung ke mana-mana tempat awam untuk membeli barangan.
2. Dinasihatkan menggalas beg dihadapan supaya mudah dilihat.
3. Disarankan meletakkan dompet dan telefon bimbit di dalam poket seluar hadapan.
4. Berwaspada dengan individu yang mengekori anda semasa membuat pembayaran.
5. Sekiranya dilanggar oleh orang yang tidak dikenali, pastikan dompet dan telefon bimbit masih berada di tempat asal.
6. Elakkan berada di tempat berasak-asak dan jika terpaksa, ambil langkah berjaga-jaga.

SUMBER : FB PDRM

Artikel Menarik yang Lain

14 Sahabat Setia

  1. kalau dah kaki seluk tu...byk je idea!

    p/s : email details cepat kak...kalau nak kad raya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeyyyy dapat jugak Tq Sally tq tq tq

      Delete
  2. Aishh bahayanya brmcm cara di org guna utk mncuri

    ReplyDelete
  3. salam..sy takut kalau berjalan seorang+..takut benda ni terjadi..
    kalau bab duit memang bawa sikit..bila rasa betul+ nak beli barang tu..baru pagi atm ambik duit..itupun cukup+ untuk harga barang tu hehe

    nice sharing sis :)

    ReplyDelete
  4. Ish..bahayanya..perempuan pun ada kan kak...

    ReplyDelete
  5. Macam-macam lah orang sekarang ni nak dapat duit cara mudah. aduh.

    ReplyDelete
  6. Haishh.. Bhya nih... Nice info..

    ReplyDelete
  7. taktik toreh pulak dah.bahay betul..

    ReplyDelete
  8. Kathy memang hati² ..takut jd mngsa.. Selalu xbw handbag pun klu jln tmpat sesak..

    ReplyDelete
  9. Thanks atas infonye k.Lya. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.