❤ Wahai Hati ...Renungkanlah ❤

June 22, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Belum pun bergelar alim ulamak
Kata bicaranya seakan halilintar
Culas pedih mengiris hati telinga mendengar
Patah patah bicara asyik menyalah menyalahkan
Sehingga tiada siapa pun yang benar
Sehingga tiada siapa pun yang jujur
Selain diri yang bicara

Mengapakah demikian wahai Insan?
Apakah …………..
Kerana sangsi tinggi berpanjangan
Kerana syak benci menyelimuti hati
Kerana titik hitam tak dicuci
Kerana aku sahaja jagoan
“Aku saja yang bersih dan lurus !
“Aku saja yang bijak dan terurus !

Wahai Insan..
Jika pun terkhilaf saudara sebelah kita..jiran atau tetangga
Sahabat rakan kawan sama bumbung kerja
Atau warga di sama bumbung Negara
Sedarlah akan hakikat…

Bahawa itulah antara sifat manusia...manusia yang sering terkhilaf tersalah
Manusia yang bukan maksum setara nabi dan rasul
Tetapi manusia yang sering terlajak terlanjur 

Usahlah……
Terlalu bangga melihat diri yang dirasa suci dan mulia
Memandang diri tiada salah dan cela
Membanding diri dengan siapa-siapa yang dirasa mereka kelabu dan hitam
Merasa diri terlalu jauh berbanding mereka
Jikapun benar kau rasa diri dalam jalan yang lurus
Jikapun benar kau rasa diri dalam lingkungan redha-Nya

BERSYUKURlah kepada-Nya
Bukan berbangga mendabik dada
Mengaku itu semua adalah kuasa dan ikhtiarmu
Sentiasa ingatlah wahai diri!
Sedangkan siabid alim boleh bertukar menjadi sebaliknya
Sijahat maksiat boleh bertukar menjadi siabid alim
Kerana itu semua adalah mudah bagi Tuhan
Membolakbalik hati kita ...manusia
Menukar ganti sesuka ingin-Nya

Maka dengan itu
Sentiasalah berbaik sangka kepada Tuhan
Sentiasa berbaik sangka sesama insan
Berbaik sangka terhadap semua makhluk-Nya
Bukan tugas kita untuk menghukum
Bukan tugas kita untuk mengadili
Kita diseru untuk memberi ingat
Diseru kita untuk memanjat doa
“Bukan melihat di mana kamu bermula…
Tetapi lihatlah di mana dan bagaimana kamu berakhir !!!!”

Wahai Insan ...
Hidup ini terlalu amat singkat untuk bermusuh
Apa lagi mencipta seteru
Tinggalkanlah sangkaan-sangkaan itu
Yang hanya menjadikan diri keliru yang hanya membuat hidup ini bercelaru ..

Ingatlah !!!
Kita semua akan kembali kepada-Nya
Membawa apa sahaja amal kelaku di atas bumi
Balik ke perkampungan asal abadi .


Artikel Menarik yang Lain

7 Sahabat Setia

  1. kata2 yg bagus
    memberi peringatan pd kita
    mari kita renungankan cara kehidupankita..nice sharing kak
    menabung nuff sini - huawei

    ReplyDelete
  2. jaga perhubungan yang baik sesama insan :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.