❤ Sinopsis Novel :- Akadku Yang Terakhir ❤

June 24, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Alhamdulillah ..Masih lagi diberi ruang juga peluang untuk terus mencoretkan kata2 diruangan bisu ini .. Hari ini Lya nak citer sikit tentang novel .. Heheehe Lya ni minat baca novel terutama novel2 CINTAN CINTUN gituu ... Memang suka sangat2 la ..Tak tahu la KENAPA ?? Tapi sejak sekolah menengah mmg suka bab2 baca novel ni ... 

Siapa kat sini  suka baca Novel ?? Kita geng la yerr .. Berbalik kita pada Novel Acik Lana ..Lya ni suka jugak ngan novel2 Acik Lana yang lain ,antaranya yang Lya baca ialah novel Aku Bukan Mistress.Haaaa ni Novel PERTAMA Acik Lana.Kira2 cam baby sulung dia la ni .. 

Jangan tak tahu citer yang Izzue Islam & Anzalna Nasir berlakon tuuuu tu tu .... apa tajuk dia ya ?? Alahai apa tajuk dia eeaaa lupa laaaa .. Ha aaa Aku Isterinya  ..Ingat pon ..Aku Isterinya tu diambil dari Novel Acik Lana yang berjudul Aku Bukan Mistress la.

Tapi arini bukan Lya nak citer pasal novel Aku Bukan Mistress tapi nak citer pasal novel Akadku Yang Terakhir .. Best citer ni tau ..Tak caya jom baca Sinopsis sikit ..Pastu boleh g beli kat kedai ..


SUMBER GAMBAR :- Mr Google 
No. ISBN:- 978-967-0448-65-7
JUMLAH MUKASURAT :- 968
HARGA SEMENANJUNG: RM37
HARGA SABAH/SARAWAK: RM40

Sinopsis Novel Akadku Yang Terakhir 


Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”




Antara Koleksi Terbaik Novel Daripada Novelis Acik Lana 
~ Pelangi Cinta Buat Suami 
~ Aku Bukan Mistress
~ Maaf Jika Aku Tak Sempurna 
~ Kalau Memang Harus Begitu 
~ Perempuan Yang Paling Aku Cinta 


Artikel Menarik yang Lain

16 Sahabat Setia

  1. xminat mana baca novel kak Lya..tapi certain novel tu minat juga nak baca...Dan tgk tgk tu mcm best je..:DDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besttt hehehe isi masa lapang jer..

      Delete
  2. Ana tak berape sgt ngan novel ni. Layan2 gitu je boleh laa.. Hehe

    ReplyDelete
  3. Seingat aRz, aRz pernah baca novel cinta ni sekali ja. Itu pun sebab pengaruh rakan sebaya dan jugak sebab hero dalam novel tu sama nama dengan aRz

    ReplyDelete
  4. kak lya.....kite geng.. suke bace novel.. sampai dh masuk sekali dlm watak novel..hihi.. best la novel nie.. nak simpan tajuk nanti senang nak beli.. :)

    ReplyDelete
  5. Dh lam tggl minat nisejak dh berkahwin...

    ReplyDelete
  6. peminat novel mesti suka cerita ni kan :)

    ReplyDelete
  7. Sy suka bc novel..tp kalau cerita melarat.. Merajuk, pujuk..ok, lps tu merajuk lagi..kalau melarat sgt sb nk novel tu tebal sy selalu xhadam sampai habis..hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.