❤ Petua Mudah Menemui Jodoh ❤

June 09, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Petua Mudah Menemui Jodoh 



1. Jodoh itu ketentuan Allah dan anda wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, akan menemukan anda dengan bakal pasangan hidup anda.

2. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

3. Cuci hati anda dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

4. Berdoa dan latih diri agar anda pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada anda.

5. Jangan mudah memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan anda. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan anda.

6. Orang akan mudah tertarik pada pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

7. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan anda. Jika anda didapati berbohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada anda. 


Artikel Menarik yang Lain

18 sang pencerita

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..