❤ Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Tema Hari Kemerdekaan Ke-57 ❤

June 24, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN KE ~ 57
Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta,diumumkan sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata tema itu dipetik daripada lirik lagu "Warisan" dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

"Saya percaya tema itu akan memberikan kesan mendalam dan lahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis prapelancaran Kemerdekaan ke-57.Beliau juga berharap pemilihan tema itu tidak akan dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Sambutan kemerdekaan tahun ini bermula dengan program Doa Untuk Malaysia pada 15 Ogos di Masjid Putra di sini, diikuti Kempen Kibar Jalur Gemilang dijadual dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 Ogos.

Kemuncak sambutan iaitu acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos manakala sambutan Hari Malaysia pula di Sarawak pada 16 Sept.

Ahmad Shabery berkata selain itu Konsert Harmoni Uniti yang mengabungkan artis Malaysia dan Indonesia, simbolik kepada semangat kesatuan serantau antara kedua-dua negara juga akan diadakan.

"Bagi mengimbau kenangan konsert Chow Kit Road (oleh Sudirman pada 1986) selain menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat menerusi lagu-lagu, Sudirman Konsert Chow Kit Road 2.0 akan diadakan," katanya.

Konsert selama tiga hari bermula 29 Ogos itu dijadual berlangsung di Jalan Tuanku Abdul Rahman, anjuran RTM dengan kerjasama Astro dan Media Prima sebagai rakan strategik.

Program Minggu Merdeka pula akan diadakan dari 28 Ogos hingga 1 Sept dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai laman patriotik dengan pelbagai segmen menarik seperti karnival, pameran, seminar, jualan, pertunjukan dan pelbagai aktiviti berkaitan, katanya.

Ahmad Shabery berkata bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini, turut diadakan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak antaranya semua kementerian dan agensi kerajaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, 1M4U dan Majlis Belia Malaysia.

Beliau berkata rakan penaja pula terdiri daripada pelbagai pihak seperti Celcom, TM Berhad, Axiata, TELIN Indonesia, Media Prima, Astro dan banyak lagi.Menurutnya sambutan kemerdekaan bukanlah gerak kerja pihak kerajaan semata-mata dan pihak swasta juga perlu memainkan peranan masing-masing demi meningkatkan lagi semangat kecintaan tidak berbelah-bahagi terhadap negara.

"Sambutan kemerdekaan perlu menjadi jenama popular yang melekat di hati setiap rakyat pada setiap masa dan bukan hanya sekadar perarakan semata-mata," katanya.Pada majlis itu, Ahmad Shabery turut menyampaikan hadiah kepada pemenang mencipta logo sambutan kemerdekaan yang diraih Abdul Mutalib Abdul Rahman dengan membawa pulang wang tunai RM7,000 dan sijil penghargaan.

 BERNAMA

Warisan ~ Sudirman ..

 Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Artikel Menarik yang Lain

5 sang pencerita

  1. Lagu ini selalu dinyanyikan oleh perwira kita...di cd training rekrut anak ada lagu ini....touching

    ReplyDelete
  2. Setiap tahun teruja nk smbut merdeka sbb hari lahir ank solehah sy yg sulong...

    ReplyDelete
  3. semangat kemerdekaan dan patriotik :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.