Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..
Bulan Syaaban dah hampir tiba ke penghujungnya dan tak lama lagi umat islam bakal menyambut kehadiran Ramadhan Al – Mubarak. Tinggal berapa hari lagi ni? Kurang 3 hari lagi untuk ketibaan ramadhan. Jadi sama-sama ingat kembali lafaz niat puasa ramadhan jika terlupa dan kelebihan-kelebihan yang bakal diperolehi oleh kita umat Islam di bulan Ramadhan nanti.
Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Lafaz Niat Puasa Harian
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz Doa Ketika Hendak Berbuka Puasa
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
Ramadhan merupakan bulan yang diberikan begitu banyak ganjaran dan nikmat oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya.
Antara Kelebihan-Kelebihan Bulan Ramadhan
- Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
- Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
- Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
- Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
- Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
- Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia ini.
- Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.
20 Ulasan
makin dekat bulan ramadhan..harap amalan dan puasa kita dibulan ramadhan ni diterima..amin..salam ramadhan kak =)
BalasPadamSalam ramadhan ecah..
Padammenanti dengan penuh sabar..
BalasPadamdapat juga merasa puasa untuk thn ni insyaallah
InsyaAllah Shark..
PadamTerima kasih atas perkongsian k.lya. Muehehe.. :)
BalasPadamSama2 Ana
PadamSalam Ramadan
BalasPadamSalam ramadhan..
Padamentri yang bagus sebagai persiapan ramadhan
BalasPadamTerima kasih Faizal..
Padamthanks sharing :) x sbar menanti
BalasPadamSama2 Ty..
Padamnice sharing kak
BalasPadamsgt berguna menjelang ramadhan ni
Thanks Yumida..
Padam...Nice sharing..
BalasPadamThanks Maria..
PadamTak sabarnya nk puasa....beberapa hari je lg kan...
BalasPadamTak sabar tak sabar..
Padamyang penting niat ni :)
BalasPadamyang penting niat ni :)
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.