❤ Khasiat Dari Pokok Kari ❤

June 18, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Tengah Hari Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Khasiat Kari 


Penawar Cirit Birit Dan Buasir


- Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.

Penawar Loya Dan Pening


- Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

Penawar Diabetes


- Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Penawar Agar Rambut Panjang Dan Sihat


-Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

Penawar Gigitan Serangga Dan Haiwan Berbisa


- Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.

Penawar Lebam Dan Bengkak


- Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.

Untuk Kecantikan Dan Kesihatan Diri


- Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.


Artikel Menarik yang Lain

7 sang pencerita

  1. banyak khasiatnya yang kita tak tahu...
    kat kampung memang mak Fiza tanam pokok nie.. tp sejak duk bandar.. ssh nak dapat.. buat kari tak letak daun kari.. rasa tak lengkap rasanya..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tau pun yg daun kari de khasiat. Tau makan je. Haha..teruk kan ana ni. XD

    ReplyDelete
  3. banyak jugak khasiatnye.. nice info kak lya.. :)

    btw anis menabung skali.. :)

    ReplyDelete
  4. Baru zumal tahu banyak juga khasiat pokok kari nie... Ilmu nie :)

    ReplyDelete
  5. Banyak betul khasiatnya ye...setau SA utk buat kari je guna daun ni....

    ReplyDelete
  6. Suka mkn pucuk kari ni... Buat ulam... Bgus utk wangikan badan...

    ReplyDelete
  7. banyak jugak khasiat daun kari ni selain digunakan untuk memasak.

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..