❤ Giveaway [3]: 1st Anniversary Yana & Dean ❤

June 20, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

1 Jun 2013 ~ 1 Jun 2014 
Dengan ini Yana Pink Blossom melancarkan Giveaway [3] : 1st Anniversary Yana & Dean. Giveaway ni dianjurkan sempena menyambut genap setahun usia perkahwinan Yana & Dean. 


[ Klik Banner Untuk Join ]


SENARAI HADIAH :-

5 buah Al-Quran + DVD (Tafsir + Tajwid) x 5 pemenang (Random.org)
Cash RM20 x 1 pemenang (Top Referral)
Cash RM20 x 1 pemenang (Ucapan Paling Kreatif & Menarik)

PrintScreen Untuk Klik2 Link Yana 



UCAPAN UNTUK YANA & DEAN :-

Ucapan Istimewa Untuk Yana & Dean Sempena Ulangtahun Perkahwinan Yang PERTAMA

Yana & Dean
Kak Lya mendoakan kebahagiaan,kegembiraan dan kehangatan serta keintiman rumahtangga 
yang telah kalian bina akan terus berkekalan hingga ke Syurga.Masih baru !! Baru memasuki tahun PERTAMA.Masih banyak yang perlu kalian berdua pelajari TENTANG DIRI,TENTANG HATI,TENTANG PERASAAN,TENTANG RUMAHTANGGA.Semoga kalian berdua bertambah matang dalam mengharungi alam rumahtangga yang penuh onak duri ini.. Bukan senang ya Yana & Dean untuk kita mempertahankan kerukunan dalam rumahtangga namun Kak Lya percaya kalian berdua cukup bijak menangani tiap cabaran juga dugaan yang menimpa.Ketahuilah setiap apa yang BERLAKU & BAKAL BERLAKU dalam sesebuah rumahtangga adalah asam garam yang KITA KENA TEMPUHI..

Yana & Dean
Jangan takut akan badai juga ombak yang bakal menjengah tapi berusahalah sehabis daya sebaik mungkin untuk terus mempertahankan CINTA SUCI yang telah kalian berdua bina.Usah menoleh ke belakang jika di hadapan telah terbentang BAHAGIA untuk kalian.Tapi sesekali toleh juga ke belakang untuk lihat apa yang telah kalian tinggalkan.Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang PERTAMA untuk Yana & Dean.

Akhir kata dari Kak Lya semoga Yana & Dean sentiasa di bawah naungan REDHA ILAHI.Ingat ALLAH,Sucikan Hati,Kuatkan Iman.Insyaallah berkat hidup berumahtangga .. Aaamin aamin aaminn..

*Nota : Semoga bloggerista semua sudi support GA ni dan mendoakan yang terbaik buat kami Yana & Dean. Semoga dengan doa-doa daripada kalian, impian Yana & Dean akan tercapai. Insyaallah.



Artikel Menarik yang Lain

10 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.