❤ Gila Gila Remaja ❤

June 25, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..

Tadi tengok TV3 kejap .Ada keluar playback iklan filem Gila Gila Remaja yang akan ditayangkan kat TV3 pada hari Ahad ini 29 June 2014 jam 3 Petang .. Lya salah seorang peminat filem ni ,..Orang kata tiga puluh kali tengok pon tak jemu ..Heheheehe.Memang HANTU BETUL ngan Filem ni ..Antara SEBAB UTAMA Lya suka Filem ni ..Kwang kwang kwang ..Sebab tengok senyuman Faizal Hussein yang ala2 MANJA gitu ..Alahai cair denn dibuatnye.Dulu la dulu dulu dulu dulu  ..Sekarang takder cair dahh kalau tengok biasa2 jer..Tak cair dah cair tengok muka En Hubby jer hahahahaa ..

Ayat paling Lya ingat kat dalam filem ni adalah ayat yang dituturkan oleh kawan baik Roy yang India tu Ntah apa nama dia ntah lupa laaa. Ravi kot !!! ''Roy,Roy Hati Kau Keras... Selalu Berkorban Untuk Orang Lain''

Wajah2 Pelakon Gila Gila Remaja 1985
Wajah2 Pelakon Gila2 Remaja 1985 Hari Ini 


Gila-Gila Remaja merupakan sebuah filem remaja Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1985.Filem ini telah diarahkan oleh Hussein Abu Hassan dan diterbitkan oleh Shah Film Productions.

Sinopsis Gila Gila Remaja 

Seorang remaja nakal, Azroy bin Azlan (dipangil Azroy atau Roy) telah jatuh cinta pada seorang gadis pelajar baru bernama Suziana (Rehana Yassin) atau lebih mesra dengan panggilan Suzi dikalangan teman dan keluarga. Pada suatu hari, Roy (Faizal Hussein) dan kumpulannya telah terlibat dalam satu pergaduhan dengan kumpulan lain iaitu kumpulan "Gagak Hitam".

Akibat daripada pergaduhan tersebut, salah seorang daripada kawan Roy telah cedera parah. Farouk dan konconnya, kumpulan Gagak Hitam yang masih tidak berpuas hati telah merogol adik Remy. Lantaran itu, Remy mengamuk dan pergi mencari mencari mereka untuk membalas dendam. Roy dan rakan-rakannya pergi mengejar Remy. Setibanya di sana Remy telah dibelasah beramai-ramai oleh Kumpulan Gagak Hitam. Roy dan rakan-rakan pun membantu Remy dan pergaduhan antara dua pihak pun berlaku. Dalam pergaduhan tersebut, Remy telah menikam Farouk dan membunuh ketua Kumpulan Gagak Hitam.

Polis tiba di tempat pergaduhan dan telah berjaya menangkap Remy. Remy dimasukkan ke dalam pusat pemulihan akhlak berikutan jenayah yang dia lakukan. Bagaimanapun, Farouk terselamat. Farouk yang terselamat telah mengapi-apikan ayah Suzi (Hussein Abu Hassan) agar membenci Roy. Ayah Suzi mengugut untuk memindahkan Suzi ke kolej lain sekiranya Roy dan Suzi masih bertemu.Roy berkorban dan meninggalkan kolej walaupun peperiksaan telah hampir.

Jom la kita pakat tengok HARI AHAD NI 29 JUNE 2014 Jam 3 Petang


Artikel Menarik yang Lain

13 Sahabat Setia

  1. gambar rosyam nor yang baru xda

    ReplyDelete
  2. Ha..a ada gak tgk iklan tadi.. kalau smpt boldh la layan....

    ReplyDelete
  3. Suka tengok cite ni dulu2..
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Huhu..citer lame rupenye.. Tak pernah layan. Lagipun ahad ni bz. Tak sempat lak nak tgk. Hmm..

    ReplyDelete
  5. jom tengok,,,,memang best, hihihi

    ReplyDelete
  6. Suka jugak...especially part diorang breakdance tu...hihihi

    ReplyDelete
  7. aritu first time tengok kat TV3 ni la..gelak² je tengok orang zaman dulu berlakon..yg ayat tu memang orang suka..hee

    ReplyDelete
  8. Ape nama ketua geng gagak hitam tu ye...? Ade gambar terbaru x...?

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.