❤ Crime Alert : Umpan Dan Culik ❤

June 22, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Crime Alert : Umpan Dan Culik


Mendidik anak-anak tentang keselamatan diri amat penting dan ia perlu bermula di seawal usia kanak-kanak tersebut. Peranan tersebut harus dimainkan oleh ibu bapa yang tidak seharusnya leka dengan sentiasa menganggap diri dan keluarga dalam keadaan selamat serta jauh dari risiko bahaya.

Sedarkah kita, kejadian yang menimpa kanak-kanak seperti hilang atau diculik pada hari ini adalah disebabkan oleh sikap segelintir ibu bapa itu sendiri.

Beberapa taktik dikesan digunakan penjenayah untuk UMPAN dan CULIK kanak-kanak serta ikuti MO dan nasihat daripada pihak polis bagi mengelakkan anak anda menjadi mangsa seterusnya.

Modus Operandi

1. Suspek terdiri daripada dua orang dan lebih
2. Menaiki kenderaan 
3. Mangsa di kalangan kanak-kanak 
4. Lokasi sasaran di padang permainan, kawasan rumah, pusat membeli belah, dan jalan-jalan yang kurang dilalui orang awam
5. Mengumpan mangsa dengan memberi gula-gula, wang atau barang permainan

Nasihat

• Jangan membiarkan anak-anak ke sekolah atau ke mana-mana tempat tanpa pengawasan.
• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak menggunakan jalan yang terang dan ada orang ramai. 
• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak menggunakan jalan pintas melalui semak samun, padang, tempat letak kereta atau berjalan belakang rumah atau kedai.
• Adakan satu kod khas yang hanya digunakan di kalangan ahli keluarga dan memberitahu anak anda untuk tidak semudahnya mengekori orang yang tidak dikenali dan tanyakan kod khas tersebut jika benar orang tersebut diminta bantuan oleh ahli keluarga untuk mengambilnya.
• Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak mengambil atau menerima makanan dan minuman dan barang-barang yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali.
• Jangan lewat mengambil anak anda apabila selesai waktu persekolahan atau di lain-lain tempat awam.

SUMBER :- FB PDRM

Artikel Menarik yang Lain

8 sang pencerita

  1. Assalamualaikum sis .
    Well sharing sis . Info macamni la diperlukan untuk semua orang kan especially ibu bapa

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info... Mmg kena hati-hati.. Tmbh jenis ank sy yg mmg terlebih peramah dgn semua org tu.. Huhu

    ReplyDelete
  3. Penting nie... Sekarang dah banyak kes macam nie haruslah waspada :)

    ReplyDelete
  4. sekarang ni memang risau betul..

    ReplyDelete
  5. Macam2 sekarang ni kan..bila orang dah tak takut Tuhan, sanggup dia buat ape je tanpa fikirkan akibat.

    ReplyDelete
  6. sekarang ni banyak kes meleibatkan kanak²..perlu sangat ajar anak² supaya tak ikut mereka yang tak dikenali.

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..