❤ Cara Hilangkan Rasa Mual Atau Loya ❤

June 06, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Cara Hilangkan Rasa Mual Atau Loya 

Pernahkah anda berasa mual dan loya secara tiba-tiba. Jika wanita mual atau loya ketika mengandung itu adalah fenomena biasa. Tetapi bagi kita yang sihat tubuh badan yang tidak hamil tetapi berasa loya, apakah sebabnya?  

 Menurut sumber,selain mabuk wanita hamil, kita mungkin juga mengalami mabuk perjalanan, simptom tersebut boleh dikaitkan dengan gangguan dalam mekanisme mengimbang yang bertempat di dalam telinga. Manakala punca mabuk hamil lain, dan boleh disebabkan jangkitan penghadaman bergelar helicobacter pylori. Jika berasa letih, lapar, atau tertekan, loya itu mungkin menjadi lebih teruk lagi.

10 Cara Hilangkan Rasa Mual Atau Loya

 Untuk wanita di awal kehamilan, petua ini mampu menghilangkan rasa loya. Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan sesudu teh gula. Minumlah setiap pagi. InsyaAllah rasa loya akan hilang.

❤ Legakan perut dengan makanan berhalia. Hidu lemon dan minum jusnya. Ini boleh membantu mengurangkan asid dalam perut.

❤ Minum 10 gelas air sehari untuk mengatasi air yang hilang daripada badan dan juga dapat mengelakkan sembelit.

❤ Elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan muntah atau loya seperti makanan berminyak, kafein, gula-gula (manis), coklat, kek dan lain-lain.

Tidur juga boleh mengelakkan loya atau mual.

❤ Makan makanan berserat tinggi seperti kurma, biskut gandum, mangga dan lain-lain lagi.

❤ Untuk secara tradisional, ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.

❤ Ada sesetengah orang mengatakan buah pala juga boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Jika sukar mendapatkan buah pala, boleh juga gunakan Balm Buah Pala yang banyak dijual di kedai ubat tradisional.

❤ Tumbuk tiga tangkai pucuk jambu batu dan sebuku garam jantan. Campurkan dengan sedikit air suam. Minum selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah mual atau loya berkurangan terutamanya pada awal kehamilan.

❤ Ambil sebiji buah pelaga yang sudah dicuci bersih dan kemam sehingga hilang loya. Amalkan selalu jika perlu.

Senarai menghilangkan loya atau mual di atas adalah sekadar panduan. Jika loya atau pening-pening anda teramatlah teruk, dinasihatkan berjumpa doktor yang pakar dalam bidang tersebut. Kerana, terdapat beberapa jenis penyakit yang memiliki simptom seperti loya dan mual dan jika tidak dirawat dengan betul, anda mungkin dalam bahaya.

Terima Kasih sudi baca, Jangan lupa jaga kesihatan tau !!!

Artikel Menarik yang Lain

21 sang pencerita

  1. good tips,,, sya mabuk jalan sis,,(slalu kena tinggal kalu jalan nek kete g tmpat jauh.),my sis yg mengandung pun tak mcm saya,,hahaahaha,,

    ReplyDelete
  2. dulu ada mabuk jugak bilajln jauh..
    kdg2 ada rasa pening, biasanya jika x ckp tidur..

    ReplyDelete
  3. Kalau perut kosong mmg tekak rasa loya. Syukur kak Lya share petua. ^_^ boleh la amalkan pasni.

    ReplyDelete
  4. Salam..singgah sini jalan-jalan blogwalking dari segmen Nak URL Blog #5 by mialiana.. salam jumaat, salam ceria dari MyCherita

    ReplyDelete
  5. Datang dari segmen kak Mia. Nice blog :)
    official blog --> http://fiqansz.blogspot.com
    Dan jemput join giveaway fiqa dengan hanya melengkapkan 3 syarat mudah ^^

    1). Infinite Last Romeo Giveaway

    GRAND PRIZE / TOP REFERRAL (1 winner):
    1x Infinite Last Romeo Official Album

    LUCKY DRAW (16 Winners):
    1x MP3 shuffle + 2GB Memory Card (All copy of Infinite Album in it)
    1x INFINITE Replica Jersey (all members available)
    2x INFINITE Special Limited Edition Button Badges
    1x Infinite Key Holder
    1x INFINITE Button Badge
    2x Notebook
    8x Topup RM5

    Giveaway end: 15 Jun 2014


    *Click on the link below to enter:
    INFINITE LAST ROMEO GIVEAWAY BY FIQA NSZ


    2). Segmen Saya Nak Doodle 48 Jam by Fiqa Nsz

    Hadiahnya:
    Peserta terawal x5 - Doodle
    Peserta Random x5 - Doodle

    Segmen Tamat pada 7hb Jun tepat pukul 1 AM.

    *Klik pada link dibawah untuk menyertai:
    SEGMEN SAYA NAK DOODLE 48 JAM BY FIQA NSZ

    ReplyDelete
  6. menarik..terima kasih banyak sis.

    ReplyDelete
  7. kdg2 husna pon pernah rasa mcm tu.. rasa pelik je.. terus lari masuk bilik rehat..hahaha..;p

    ReplyDelete
  8. kalau loya² fiza sapu minyak cap kapak je kak

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum lya...perkongsian yg baik...

    ReplyDelete
  10. Tau x betape seksa nya aq kne than rase mual walaupun aq lelaki, sedih hidup aq

    ReplyDelete
  11. Assalam , sy dmam daa masuk 4 hari daa bdan daa surut daa panasny tapi loya nii makin menjadi2 . Adea tip yg lagi mudah tak sis

    ReplyDelete
  12. T.kasih bagi petue.sy bagi abah saya air lemon.tp letak guke sket.kalo tak dia xnk minum.Alhamdulillah OK sket tekaknye.sambil tu boleh hidu baru lemon.rase Segar.

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..