Bersediakah Kita Menyambut Bulan Ramadhan

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

"Ya Allah, berkatilah aku dan seluruh ahli keluarga,adik beradik,saudara mara,jiran tetangga dan juga sahabat handai pada bulan Syaaban dan pertemukanlah aku dengan Ramadhan"


Bulan Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi dan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia pastinya ternanti-nanti kehadirannya bagi meningkatkan amalan puasa dan pahala sepanjang bulan barakah ini.Bulan Ramadhan sangat-sangat dikejar oleh golongan mukmin. Bulan yang penuh keberkatan, bulan yang mana, pahala amalan di bulan ini sangat besar dan banyak.

Namun, dalam keterujaan menyambut ketibaan Ramadan, umat Islam dinasihatkan agar tidak mengambil mudah mengenai fidyah (denda) puasa yang wajib dilaksanakan oleh mana-mana individu Islam yang meninggalkan puasa Ramadan.Qadha (ganti) puasa juga boleh dilakukan pada bulan Syaaban ... tiada faedah melengah atau menangguh kewajipan mengganti puasa jika ada kemampuan dan memiliki tahap kesihatan yang baik.

Fidyah merupakan bayaran denda dikenakan terhadap mereka yang gagal menggantikan puasa Ramadan pada sesuatu tahun sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya.Hukum fidyah adalah wajib. Dan hukum mengganti puasa turut wajib disempurnakan seberapa segera kerana ia merupakan suatu tanggungan (hutang) kepada ALLAH S.W.T

Sebelum kita menyambut bulan yang mulia ini, cuba kita tanya pada diri kita sendiri adakah kita telah bersedia untuk menyambutnya? Bersedia berpuasa dari segi rohani dan jasmani? Menjaga bicara, mulut dari berkata-kata tentang perkara yang tak sepatutnya dikata, menutup pandangan daripada melihat sesuatu yang tidak elok malah tidak patut untuk dipandang ?? Bersediakah kita sebenarnya ??? Tepuk dada tanya diri kita sendiri kerana hanya kita yang mampu memberikan jawapannnya ...

Sama-samalah kita bermuhasabah diri... Semoga datangnya Ramadhan kali ini menjanjikan sejuta makna buat kita semua. InsyaAllah, moga2 kita dapat melipatgandakan usaha untuk mengejar pahala di bulan Ramadhan yang bakal menjelang sikit masa lagi .. 

Peringatan untuk diri Lya sendiri juga sahabat ...Sama2 kita muhasabah diri kita ...


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. moga di panjang usia bertemu ramadhan..

    BalasPadam
  2. kita 3 hr lg Lia nk gnti..
    14hr woi tinggal pose

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu byk tggal tu ..lya dah habiss ganti 5 hari jer PB..

      Padam
  3. Ramadhan semakin tiba dan sejujurnya saya tak sabar..tak tahu laa kenapa, tapi setiap kali ramadhan tiba, suasana kat kawasan rumah saya akan jadi lain and i miss that kind of suasana... :)

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kat kg akak pon camtu gak penuh la ngan pelita minyak tanah kat kawasan umahh...tak sbor nyerr...

      Padam
  4. semoga kita semua bersedia menghadapinya..:DD

    BalasPadam
  5. moga kita berpeluang dan di berikan ksihatan yang baik dalam bulan ramadhan ni untuk menunaikan segala ibadah.

    BalasPadam
  6. sekejap je masa berlalu,, smoga kita semua dipanjangkan umur bertemu ramadan tahun ni,

    BalasPadam
  7. assalamualaikum lya...semakin hampir inshaAllah akn bertemu lg tahun ini...:)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.