❤ Al Fatihah Untuk Dato' Ustaz Haji Abu Bakar Bin Chik ❤

June 23, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Dato' Ustaz Haji Abu Bakar Bin Chik Meninggal Dunia


Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga seluruh ahli keluarga arwah Ustaz Haji Abu Bakar diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan musibah ini. Kami sekeluarga mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT,serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh...

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ’afihi wa’fu’anhu...Al-Fatihah.
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)


AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan pembantunya,Hasmizi Hasan terlibat dalam kemalangan di KM 390 laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi.Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu sementara pembantunya cedera.Ustaz Abu Bakar dipercayai dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur selepas menziarahi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Kereta yang dinaiki Ustaz Abu Bakar telah melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang.
Sebaik sahaja beliau dan pembantunya Hasmizi dibawa keluar,kereta yang dinaiki itu terbakar.

Jenazah dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT) Tok Jiring untuk disolat sebelum dikebumikan.Ustaz Abu Bakar meninggalkan seorang balu, Zaitun Salleh dan lapan anak. 

Takziah kepada seluruh ahli keluarga almarhum...
AL - FATIHAH



LATAR BELAKANG 

DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR BIN CHIK


Merupakan anak kelahiran Kg. Masjid Tepoh, Kuala Terengganu. Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1950. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama dengan To’ Puan Zaitun Binti Salleh dan dikurniakan 8 orang zuriat iaitu 5 lelaki dan 3 perempuan. 

Berkelulusan Ijazah Master Pengajian Islam, Open Universiti Malaysia (OUM) pada tahun 2011-2012; melawat sambil belajar Bahasa Arab di Jami’ah Afriqiyyah Alamiyyah (1995-1996); melawat sambil belajar Bahasa Inggeris di Fort Wayne Community College, Indiana, USA (1987-1988); dan Ijazah Sarjana Muda (Hons) Pengajian Islam (Syariah) serta Diploma Pendidikan UKM (1973-1977).

Pengalaman Kerja

1977 – 1981 : Pengetua Institut Berakan, Kuala Terengganu
1982 – 1986 : Wakil Rakyat (ADUN Jeram), Terengganu
1997 – 1999 : Pengarah Urusan Ilmu Amal Sdn. Bhd, Pemilik Rangkaian 
Sek. Rendah Islam Pintar (SRIP)
1999 – 2004 : Exco Pertanian & Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu
2000 – 2004 : Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu
2004 – Kini : Pengerusi Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT) 
2008 – Kini : Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi 
Dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan

Politik
1981 : Menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS)
1984 – 1986 : Tahanan Politik (ISA) Di Kem Tahanan Kemunting
1989 – 1999 : Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ke- 13
1999 – 2011 : Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu
2000 – Kini : Ahli Jawatankuas PAS Pusat
2000 – 2007 : Pengerusi JK Pertanian & Pembangunan Luar Bandar PAS Pusat
2007 – Kini : Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Pusat
2008 – Kini : Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat

Kegiatan Pelajar & Belia
1968 – 1970 : Setiausaha Gabungan Pelajar Islam Terengganu
1975 – 1977 : Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UKM
1976 – 1977 : Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM
1977 – 1981 : Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah
Kuala Terengganu & Negeri Terengganu.

Kegiatan Kemasyarakatan & Pendidikan
1979 : Mengasaskan Pusat Pendidikan Pra Sekolah TASKI ABIM
1983 : Mengasaskan Maahad Darul Quran, Terengganu
1987 : Mengasaskan Pusat Pendidikan Islam Darul Taqwa, Terengganu
1989 – 1999 : Pengerusi PASTI Malaysia
2006 – 2008 : Penasihat (Luar) Yayasan Amal Malaysia
2009 – Kini : Timbalan YDP Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan (YAKEP)
2013 : Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Malaysia 
(MAKPEN)

Kegiatan Antarabangsa
1989 : Ahli Persidangan Buruh Antarabangsa, Karachi, Pakistan
1989 & 1993 : Pengarah Ijtima’ Perpaduan Ummah Antarabangsa Kali 1 & 2
1994, 1995 & 1996 : Ahli Persidangan Perpaduan Masyarakat Islam Antarabangsa, Turki
1997 & 1998 : Anggota JK Nadwatul Shabab Al-Alami, Khortoum, Sudan.
2003 : Ahli Persidangan Islamic Development Bank, Tajikistan & Uzbekistan
2005 – 2013 : Presiden AFMY
2007 : Mengasaskan Internasional Muslim Busines Network (IMBNet)

Penulisan Buku
1987 : Individu Muslim Dan Jamaah Islam – Angkatan Edaran Sdn Bhd
1998 : Ketahanan Gerakan Islam – Ilmu Amal Sdn Bhd
1999 : Al Hizbul Islami Al Malizi (Bahasa Arab) – Darul Biarak, Beirut, Lubnan
2007 : Pilihanraya: Satu Tuntutan Jihad – Pustaka Damai, MTT.
2011 : PAS 60 Tahun – Pustaka Damai, MTT.
2013 : Negara Berkebajikan Menurut Pandangan Syed Qutb
– Pustaka Damai, MTT

Darjah Kebesaran & Anugerah Tokoh
2002 : Setia Mahkota Terengganu (SMT)
2003 : Dato’ Setia Mahkota Terengganu (DSMT)
2003 : Anugerah Tokoh Sempena Sambutan Jubli Emas 
Dewan Pemuda PAS Trg
2003 : Anugerah Tokoh Tarbiyyah Sempena Sambutan Jubli Emas 
Dewan Pemuda PAS Pusat
2009 : Tokoh PASTI Malaysia


SUMBER :- Google 

Artikel Menarik yang Lain

13 sang pencerita

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.