❤ Sultan Azlan Shah Mangkat 28/5/2014 Jam 1:30 Tengah Hari ❤

May 28, 2014


Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi. 

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan  ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong kesembilan, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi pada usia 86 tahun.

Kemangkatan baginda telah diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada pukul 3.45 petang tadi dalam satu pengumuman khas melalui siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Almarhum meninggalkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta seorang putera dan tiga orang puteri.

Jenazah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah akan  dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar esok, Al-Fatihah.



Artikel Menarik yang Lain

10 sang pencerita

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..