❤ Renungan Pagi ❤

May 20, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Renungan Pagi 

Selalu kita dengar para ilmuan berkata semua kejadian alam yang ditakdirkan oleh Allah pasti mempunyai hikmahnya yang tersendiri kerana Allah itu maha suci ia dari berbuat sesuatu yang sia-sia. 

Hikmah yang paling utama dalam setiap ujian yang Allah timpakan ke atas kita ialah untuk kita mengakui bahawa hanya Dia yang satu-satunya yang Maha berkuasa dan Ia ingin kita mengakuinya dan ingin kita kembali tunduk menyerah diri kita dengan penyerahan sepenuh jiwa dan raga kepadaNya. 

Selagi kita jauh, selagi itu hati kita tidak akan pernah rasa tenang dan tenteram. Kita sering lupa, kerana itu kita Dia sentiasa mengingatkan kita dengan ujian dan bala. Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk. Antaranya ujian isteri / suami, harta dan anak-anak.

"Siapa yang tidak mendekat kepada Allah, padahal sudah dianugerah pelbagai kenikmatan, akan diseret (agar mendekat) kepada-Nya dengan rantai cubaan". -Ibnu Atha'illah al-Iskandari-


Artikel Menarik yang Lain

4 Sahabat Setia

  1. Waalaikumussalam.. good info.. Salam singgah dan follow ye.. :)

    http://aniszahirah87.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. rupanya Allah rindu mendengar pujian dan aduan dari kita..:')

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.