❤ Ramai Penderma Pahala Di Laman Sosial ❤

May 20, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

RAMAI PENDERMA PAHALA DI LAMAN SOSIAL

Ramai yang saban hari menderma pahalanya di laman sosial . Ini
samaada dengan cara menuduh orang ataupun memaki dan
mencerca orang lain. Sebahagian mereka merasa selamat di
sebalik keyboard mereka. Namun Allah tidak lupa.

Mereka mungkin merasa padam muka orang yang dimaki
ataupun dicerca itu. Padahal hakikatnya mereka sedang
menderma pahala mereka untuk 'si mangsa'. Jika mereka
tiada pahala, mereka sebenarnya sedang menolong si
mangsa mengambil dosa-dosanya untuk dipikul di akhirat
kelak. Kadang-kala, beruntung juga mereka yang menjadi
mangsa.

Sabda Nabi s.a.w:
Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda :
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab
mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah
sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. 

Sabda baginda:

“Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang
pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia
pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan
harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul
seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu
pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat
dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa
mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke
dalam neraka” (Riwayat Muslim).

RENUNG RENUNGKAN SELAMAT BERAMAL...


Artikel Menarik yang Lain

13 sang pencerita

  1. Memang terbaik. Kadang-kadang tanpa disedari... terderma pahala dekat orang lain.. huhu :D

    ReplyDelete
  2. JOM BLOGWALKING,SINGGAH BLOG SYIRAA :D
    ..HARI HARI ADA ENTRY BARU ^_^

    ReplyDelete
  3. Setuju tu.. kdg2 perkara yang kita nmpk simple mcm ni besar impaknya. Sama2 kita muhasabah diri..

    ReplyDelete
  4. Bila tengah marah, lagi banyak kita terderma pahala .

    ReplyDelete
  5. kena sentiasa beringat. perkongsian yang baik

    ReplyDelete
  6. oleh itu, berhati-hatilah kan Lya,.. :)

    ReplyDelete
  7. dosa yg paling susah untuk meminta pengampunan dari individu berkaitan..:(

    ReplyDelete
  8. Betul tu.. zaman sekarang nie dah tak mengumpat pakai mulut, tetapi pakai keyboard..

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.