❤ Perkara Yang Boleh Merosakkan Pernikahan ❤

May 24, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..

Perkara Yang Boleh Merosakkan Pernikahan

Suami 

1. Suami tidak menjadi pemimpin dengan baik akibatnya saling melukai.
2. Suami gagal menjadikan isteri no satu dalam hidupnya.
3. Suami suka membandingkan isteri dengan wanita lain.
4. Suami kurang kontrol emosi
5. Suami gagal memuji hal-hal kecil yang dilakukan Isteri.
6. Suami tidak terima pendapat Isteri.
7. Suami tidak pernah minta maaf ketika berbuat salah.

Isteri 

1. Isteri tidak menghargai Suami sebagai ketua rumah tangga.
2. Isteri gagal menundukkan diri kepada Suami.
3. Isteri gagal menampilkan sopan santun
4. Isteri gagal menunjukan rasa syukur kepada Suami.
5. Isteri suka membantah ucapan suami.

Keperluan Seorang Suami 

1. Nafkah batin (tempat tidur).
2. Isteri sebagai sahabat.
3. Rumah yang bersih dan rapi.
4. Isteri yang sentiasa senyum.
5. Saling menghargai.

Keperluan Seorang Isteri 

1. Kasih sayang dan dihargai.
2. Diajak berbincang di waktu kusut.
3. Jujur dan terbuka serta setia.
4. Dicukupkan keperluan sehari-harinya.
5. Komitmen terhadap keluarga.

Ingat..Ketua keluarga yang berjaya dalam mengurus keluarga maka kejayaan yang lain akan mengikuti.Ketua keluarga yang gagal dalam keluarga maka kegagalan yang lain pun akan mengikuti.
Kebahagiaan pernikahan memerlukan perjuangan yang tidak kenal lelah,dan memerlukan kehadiran dan pertolongan Allah.
Berbahagialah mereka yang benar-benar menikmati hidup rumah tangga yang aman dan damai,meskipun itu harus diperoleh dengan cucuran air mata.
Belaian tangan suami adalah ibarat emas bagi isteri.
Senyum manis sang isteri adalah permata bagi suami.
Kesetiaan suami adalah mahkota bagi isteri.
Keceriaan isteri adalah ibarat permata di hati suami.


Artikel Menarik yang Lain

10 sang pencerita

  1. Ty so much for sharing. :)

    ReplyDelete
  2. tapi andai kata suami isteri bekerja, wajiblah ada kerjasama antara mereka..:)

    ReplyDelete
  3. nice share.. peringatan untuk saya sebelum berumah tangga.. walaupun x nmpak lagi bayangan calonnya.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Suami dan isteri saling lengkap melengkapi....baru sejahtera rumahtangga.

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.