Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel –Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014. Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel –Cadbury Dairy Milk.
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan
Coklat Susu dengan Buah Badam – Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
Manakala, satu (1) lagi sampel Coklat Susu – Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).
Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.
KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atauwww.facebook.com/bkkmhq
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
24 Mei 2014
17 Ulasan
Thanks Lya kerana menghebahkan perkara nie... Moga kita berjaga2 dalam memilih makanan kita :)
BalasPadamSama2 Zumal ..yang baik perlu kita hebahkan ..moga2 kita dapat ambik iktibar dan lebih berhati2 nanti
Padamkecoh betul sekarang berita ni
BalasPadamBetul tu Mama ..kena lebih berhati2 memlilih produk untuk diri dan keluarga kita.
PadamHuhu.. Kena lebih berhati2..
BalasPadamYuppp kena lbh berhati2 dan tahu mana satu produk yg mempunyai benda haram ni huhuhuu
PadamJap lagi keluar la tu kt berita. Huhu
BalasPadamBetul tu dah kuar Berita tadi
Padamhuhu mellya kalau makan coklat cadbury memang selalu beli hazelnut dengan roasted almond. Kecewa nyaaa =,=
BalasPadamDah tahu ni ..takpe la dulu kita tak tahu nak buat camner kan ..
Padamhuhuhu sedihnya,,, :(
BalasPadamSabor jer la Ty ...
PadamWaa lamatak dgr citer huhuhhuhu ..
Fb pon senyap jer
Kejam btl..cadbury ni brand femes kenapa nk burukkan prestasi dgn buat mcm ni..takut nk mkn cadbury lepas ni.
BalasPadamsungguh tak disangka. coklat idaman yg disukai ramai ni ada dna babi dalamnya. so, maknanya dari dulu lg dna babi dah masuk dlm badan....
BalasPadamHuhuhu sabor jer la jia nk buat camnerr..
Padamhuh...tak sangka...dah tau jgn makan ye kawan2...
BalasPadamTu la Wan huhuhu
PadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.