❤ Kelebihan Solat Jumaat ❤

May 30, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Jumaat Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Kelebihan Solat Jumaat

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah bersabda:

''Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban SEEKOR UNTA; dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yang berkorban SEEKOR LEMBU BETINA; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban SEEKOR BIRI-BIRI BERTANDUK; sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban SEEKOR AYAM; dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yang berkorban dengan SEBUTIR TELUR... Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah.” (HR Bukhari)....”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Keterangan Hadith:
1. Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa... Contohnya Allah melimpahkan berkat-Nya terhadap Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah daripada segala tempat lain di dunia ini... Begitu juga dengan kelebihan masa iaitu Allah SWT telah melebihkan Ramadhan daripada segala bulan yang lain dan Allah juga melebihkan hari Jumaat daripada segala hari yang lain dalam seminggu....

2. Hari Jumaat juga dinamakan ‘Yaumul-mazid’ iaitu hari pemberian tambahan kerana pada hari berkenaan, Allah mengurniakan rahmat yang banyak kepada hambanya... Segala permohonan seseorang hamba itu akan dikabulkan sekiranya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan ‘waktu mustajab’....

3. Mulianya hari Jumaat ini hingga Allah juga mensyariatkan agar dikerjakan solat khusus pada hari tersebut iaitu yang dinamakan solat Jumaat, di mana bagi setiap orang yang pergi menunaikan solat tersebut disediakan ganjaran yang amat besar yang tidak ada pada hari-hari yang lain....

4. Malang sekali ada juga antara kita yang berasakan hari Jumaat adalah sama seperti hari-hari lain... Ini menyebabkan mereka mengisi hari tersebut dengan hati yang kosong, tanpa doa dan harapan kepada pencipta-Nya.... LEBIH MALANG LAGI, ada pula yang sanggup meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja, tanpa rasa berdosa kepada Allah SWT.... Golongan ini bukan sahaja lupa pada kewajipan mereka terhadap Allah, malah mereka lupa pada azab Allah yang bakal menimpa.... Jauh sekali ingin meraih seribu satu keuntungan daripada kemuliaan hari tersebut....

Artikel Menarik yang Lain

18 sang pencerita

  1. Subhanallah..besar rupenye kelebihan solat jumaat. ^^

    ReplyDelete
  2. Nice sharing... Tapi hadis tu xde tertulis riwayatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Maria ..:Lya dah perbetulkan ..thanks tolong ingatkan Lya yg terlupa...

      Delete
  3. Apalah solat Jumaat tanpa mendengar khutbah....iainya salah satu rukun dari solat Jumaat....ramai yg ambil remeh temeh benda macam ni.

    ReplyDelete
  4. Salam Jumaat..Jumaat yang indah, perbanyakkan amalan yang baik :)

    ReplyDelete
  5. perkongsian yg bgus kak lya..tq..:D

    ReplyDelete
  6. Rupanya banyak manfaat kalau datang solat Jumaat awal yer... Semalam zumal dengar khutbah tentang rasuah :D

    ReplyDelete
  7. Baru singgah sni sis.. perkongsian yang sangat bagus..

    ReplyDelete
  8. budak2 kat taman nih slalu skip khutbah, pastu lepak depan rumah..-.-

    ReplyDelete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.