Giveaway Birthday by Syira Lokman


Salam Ukhwah Fillah ..
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ... 



Jom join Giveaway - Birthday Syira Lokman.
Giveaway ini dibuat sempena Birthday Syira yang ke 20 pada 21 Mei :).. hehe..
Kali ni disokong oleh para sponsor yang awesome !
Hadiah menarik, rugi kalau tak join :D

Jom ramai2 memeriahkan Giveaway - Birthday Syira Lokman ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow blog anda juga :)
Bersama merapatkan ukhwah ^_^

Ucapan Hari Lahir Untuk Syira Lokman 

❤ Buat adikku Syira,Kak Lya tujukan doa khusus buatmu sempena hari lahirmu yang bakal menjelang nanti .. Memohon agar kehidupanmu sentiasa dalam rahmat Tuhan.Semoga Allah panjangkan usiamu wahai adik comel,moga dirimu diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.Semoga dirimu sentiasa mengekalkan ciri2 muslimah dalam setiap langkah perjalananmu.Sentiasa ingat Allah dalam setiap sujudmu wahai adikku.Moga dirimu diiringi keberkatan... ❤

❤ Kak Lya doakan biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan Syira.Dunia dan akhirat dapat digapai penuh kesyukuran.Harapan Kak Lya,semoga Moga Allah berikan Syira kekuatan untuk terus menempuhi liku2 kehidupan yang serba mencabar ini .Moga ketabahan dan ketenangan sentiasa mengiringi perjalanan hidup Syira.Tiada ucapan terindah yang dapat Kak Lya lakarkan selain ucapan SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRIMU DIK ....Walau kita hanya bersua kata di alam maya,mengenalimu satu saat indah buat Kak Lya ... ❤

❤ Ya Allah… Abadikan kasih sayang Syira,Tunjukkanlah jalan terbaik untuk Syira dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup,Lapangkanlah dada Syira dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu,Hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu.Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. Amin...Sayang Selalu dari Kak Lya sekeluarga ... 


Kak Lya Dedikasikan Lagu Ini Sempena Hari Lahir Syira.
Selamat Hari Lahir ..Allah Selamatkan Kamu .
May All Your Dreams Come True Dear .
       
    
Giveaway Bermula : 28 April 2014
Tamat : 28 Mei 2014 jam 11:59 malam


Catat Ulasan

9 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.