❤ Fu Wa & Feng Yi Panda Gergasi Akan Di Beri Nama Baru ❤

May 21, 2014

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Tadi Lya tonton Buletin Utama ..Dengar2 citer pasangan Panda gergasi "Fu Wa" dan "Feng Yi" akan diberi nama baru yang akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri pada hujung bulan hadapan.Menurut sumber dari Buletin Utama kenyataan dikeluarkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

Nama baru untuk pasangan panda itu sudah dibincangkan antara Perdana Menteri dan Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang.Apala nama baru untuk dua ekor panda tu ya !!!! 

Kedua dua panda yang berusia tujuh tahun itu dibawa ke Zoo Negara dan akan dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas yang telah siap dibina.


Kehadiran dua ekor panda ini menjadi simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia - China.Pasangan panda itu dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara Malaysia bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Selain menjadi simbolik persahabatan antara China dan Malaysia, kedatangan pasangan panda itu juga dijangka mampu memberikan sokongan kepada Zoo Negara sekali gus mampu menarik lebih ramai pengunjung ke zoo berkenaan...

Lepas ni kalau berkunjung ke Zoo Negara jangan tak tengok pula dua ekor panda gergasi ni ya ..Bukan senang nak tengok panda..Dah ada kat Malaysia ni moh ler kita pergi tengok ramai2.Kita tengok panda tu ke atau panda tu yang tengok kita ??? 

Agak2 kalau bawak Akif pergi Akif nak tengok ke tak panda ni ya ?? Mesti tengok punyalah sebab dia suka sangat kat KUGFU PANDA tu .... KUNGFU PANDAI katernyerrr ....Pandai la sangattt !!!

SUMBER ;- Cedok sikit2 kat blog RelaksMinda 
Tq BM

Artikel Menarik yang Lain

23 Sahabat Setia

  1. wah..dapat nama baru lagi..mesti ala² malaysia punya nama kan sis?

    ReplyDelete
  2. Lya ....mata panda tu cantik ke tak?? ...manusia pun ada yg tiru hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik ler PCL ..cam patung barbie hahahaa

      Delete
  3. Dorang nama Melayu pulak kot... Lya, zumal tag kat sini
    http://duniazumal.blogspot.com/2014/05/1st-mini-giveaway-by-atikah-aziz.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin la kot hehehe ..
      Ok nnt Lya terjah

      Delete
    2. Zumal dah update entri tu tau dan utk segmen zumal anjur pun ada sikit perubahan moga memudahkan semua... Jemput join yer Lya :))

      Delete
  4. Replies
    1. Tu la mmg mahal ..Kos nak jaga lagi nak bayar kat China lagi huhuhu ..
      Sabor jer la ... Pastu nak kena htr balik pula nanti bila dah tamat tempoh ..

      Delete
  5. comel !! mmg teringin sgt nak tengok panda depan2.. klu boleh nak peluk sama.. huhu
    ohye, sy ada anjurkn 1 GA, harap awk sudi join =) singgah sini yaa http://akuorangkecilengkauorangbesar.blogspot.com/2014/05/monsters-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe comel kan ..nanti boleh ler g tgk kat Zoo negara ..
      tapi bab nak peluk tu raser2 tak dpt la kot hahahaa
      Nanti terjah sana ya..

      Delete
  6. persoalan yang menarik pasal nama itu..adakah nama itu akan diambil sempena nama Melayu, Cina, India atau lain lain..hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azlan ..hehehe kita tunggu yer ..agak2 la nama apo yg sesuai tuk panda comel tu ya

      Delete
  7. mama dulukan ada teddy panda ni, hadiah dari sorang kawan ayah.. besarrr.. dah koyak, keluar isi perut dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur dah meningkat panda tu pon dah koyak rabak sesuai usia hahaha

      Delete
  8. mcm2 nama dorg nak bagi.. nama melayu nnt mst comel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama melayu la kot dah duk Malaysia nie heheehe..

      Delete
  9. baguslah ada nama baru..he3..malam tadi tengok buletin utama..anak saya suka giler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 Lya pon suka jugak hehee ..Panda in MALAYSIA !!!

      Delete
  10. salam singgah. boleh bikin pening kepala jugak tu nak letak nama apa kat panda tuuuuuuuu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ukhuwah Fillah Umi...
      Tq sudi singgah ..

      Delete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.