❤ Tudung Bawal Mawar Fizo Omar ❤

April 15, 2014


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Selamat Malam  Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Hari ni ramai betul yang UPDATE pasal Tudung Bawal Mawar Fizo Omar kat FB ... Dah macam satu fenomena sana sini duk bercakap pasal Tudung Bawal Mawar Fizo Omar ngan Tudung Fareeda ... Tergerak jugak nak usha apa citer ni .. tudung baru ker ni ... Fareeda dah kuarkan tudung bawal ker ???

Usha punya usah dapat jugak jawapannya ........  

SUMBER 
Minggu ini terlalu banyak berita sensasi mengenai tudung Eksklusif Fareeda. Kritikan demi kritikan diterima oleh pengguna media sosial daripada isu rampasan tudung Fareeda tiruan sehinggalah kepada kualiti dan harganya yang dianggap terlalu mahal.

Seakan pengakhiran berita yang amat menarik pada minggu ini apabila satu lagi artikel diterbitkan oleh seorang blogger mengenai tudung Fareeda. Namun, artikel itu bukanlah suatu yang negatif tetapi hanya sebagai alternatif untuk kelihatan cantik seperti tudung Mawar Fareeda.

Blogger Yuna Bella dalam satu nukilan di blognya memperkenalkan gaya penggunaan tudung bawal yang agak menarik dan beliau menggelarnya sebagai "Tudung Bawal Mawar Fizo Omar". Jom Ikuti nukilan beliau:

Blog YunaBella 

Setengah orang beranggapan kalau pakai tudung bawal muka nampak muda , macam budak , kalau pakai tudung awning nampak tua , nampak macam-macam lah . aku salah seorang pecinta bawal , sebab bila pakai shawl atau tudung awning aku nampak selekeh . ehhh ? padahal kalau time serabai tu pakai apa pun semak je mata memandang .
Photo: :)
ok , dia sangat cantik , ayat cliche "pakai apa pun nampak cantik" . ye dak ?

in love dengan dress dia . bila tengok tudung fareeda ni ayat cliche jugak 
"cantik tapi singkat , dah la mahal pulak tu"

kepada yang tak suka tudung awning , tapi nak bergaya macam mawar sila teruskan membaca . hehehehe . aku namakan gaya tudung ni , tudung bawal mawar fizo omar , kang aku letak nama fareeda tak pasal-pasal timbul isu paten . aku tau bila aku pakai tudung macam tu ramai mok cik-mok cik , adik-adik , kakak-kakak yang duk usya gaya tudung aku . muahahahhaha . ok . perasan . aku tipu jer .

founder dia adik aku yang tudung pink tu , yang pasti dua-dua orang belasah baju aku -___-"

versi aku pulak macam bawah ni :

nampak tak , acah-acah mawar , tapi masih labuh dan yang penting , ia sejenis tudung bawal :)

Jom cuba :

mesti ada pin , dan brooch besar , make sure dia punya jarum panjang , so senang nak pin .

guna bawal biasa jer , pastu samakan yang depan .

pakai macam biasa .

untuk yang tengkuk pendek macam aku , boleh pin kat belakang , lagi pun aku dah biasa letak pin , nampak lagi kemas , tak nak letak pon boley :)

ok start gumpalkan tudung , boleh start dari tengah tudung atau jarak sejengkal macam tu 

lipat tudung secara menaik 

boleh cuba lipat siap-siap then terus pin atau pun , buat satu-satu macam dalam gambar 

ok bajet lah nak singkat atau labuh . sebab tu kena pin jang panjang , kalau x , xboleh nak pin .

selesai pin , jangan susah hati . dia memang akan messy macam ni . just adjust dan cantikkan lipatan tu .

nak senang , buat macam dalam gambar ni , satukan hujung yang bercabang .

pin kat belakang tudung yang di kemaskan tu .

siap ! kalau rasa singkat , boleh turunkan lipatan tu or jangan pin belakang tudung :) thanks untuk adik aku yang sanggup jadi model , senang aku bagi arahan . muauahaha .


sekarang ni nak pergi mana pun aku buat gaya camgini jer . senang , ringkas .
selamat mencuba ya ;)

SUMBER : - Blog YunaBella

SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Artikel Menarik yang Lain

6 sang pencerita

  1. hehe femess la budak tu sbb bg idea yg superbb. :)

    ReplyDelete
  2. FOLLOWER BLOG DIE NAIK MENDADAK TUUU :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la tu untuk dia ..Tahniah tahniah ...

      Delete
  3. Dia kreatif terus femes adik ni kn...

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..