❤ Insiden Pelajar Tercucuk Besi Longkang Di SK. Sacred Heart,Kota Kinabalu

April 22, 2014

Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ..
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Laporan Insiden Kemalangan Pelajar Di SK. Sacred Heart, Kota Kinabalu.

Ya Allah ngeri sangat2 tgk pelajar nie ... Sebenarnya tak terlintas nak share pon tapi untuk pengajaran kita semua Lya share kat sini ... Moga lebih berhati2 .. Untuk pihak2 tertentu harap dapat memantau persekitaran sekolah agar keselamatan pelajar terjamin...Semoga adik ni cepat sembuh..


SABAH, Kota Kinabalu, bertarikh 21hb, April 2014, kira kira jam 12.50 tengahari telah berlaku suatu insiden kemalangan melibatkan pelajar lelaki tahun 4 di SK Secred Heart.

Pelajar yang terlibat berlari mengejar bas yang beliau naiki di luar kawasan dan terpijak besi penutup parit yang terlepas daripada rangka asalnya lalu tertusuk ke dalam mulut menembusi ke luar bahagian pipinya.

Pelajar tersebut telah di bawa oleh seorang ibu bapa yang kebetulan menunggu anaknya pulang sekolah di kawasan yang sama. Pihak sekolah telah memanggil bomba dan ambulan untuk membantu pelajar ini. Perjalanan ke hospital diiringi oleh bomba dan polis yang hadir.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip telah hadir sendiri ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri dan memahami bagaimana insiden tersebut berlaku. Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu juga turut hadir.

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah membuat lawatan ke hospital melihat keadaan pelajar tersebut dan berjumpa dengan ibu bapa pelajar berkenaan yg kebetulan berada di hospital. Keadaan pelajar stabil dan akan dimasukkan ke hospital Likas.

Pihak sekolah telah dimintakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya tentang aspek keselamatan pelajar sepanjang masa. Laporan lengkap dan gambar kejadian sedang diminta dari pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.

Sulaiman Hj Awang.
PPA PPD KK.
21hb April 2014
4.12 petang.

Sumber :- Google 

SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Artikel Menarik yang Lain

9 sang pencerita

  1. masa tgok dalam paper pagi tadi..terus bahagian pipi SA terasa sakitnya....

    ReplyDelete
  2. semalam tengok kat brite.. terase2 ngilu pipi nie.. budak kecik tu tak nanges pon..klau tak silap anis.. haishh..ngeri.bahaya jugak besi longkang nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ..sepatutnyerr pihak2 berwajob kena pantau persekitaran sekolah agar kejadiam camni tdk berlaku ..

      Delete
  3. aarrhhhh seriously, tgk je meremang bulu roma.. adoiiiii sakitnyaaa kene lempang pun sakit lagi kene cucuk..adoiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la ..Kak Lya pon meremang bulu roma..

      Delete
  4. pihak sekolah tak begitu prihatin keselamatan hinggakan kejadian begini boleh jadi.

    ReplyDelete
  5. Betul betul betul ..Sepatutnyerr benda yg boleh elak kalau tips2 keselamatan dititikberatkan ..

    ReplyDelete
  6. Auch..sakitnya pipi adik tu..tetiba rasa meremang bulu roma dan rasa sakit pipi ana nie walaupun ana tak kena besi tu..hope adik tu cepat-cepat sihat

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..