❤ Doa Dan Teruskan Berdoa ❤

April 09, 2014


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Dah lama kita meminta. Dah lama kita berdoa. Bukan setakat berhari-hari. Terkadang berbulan-bulan. Bahkan sehingga bertahun-tahun.Tapi sehingga hari ini, permintaan kita tak kunjung tiba bayangnya.

Entah berapa titis air mata yang bercucuran. Setiap kali tangan diangkat selepas solat, saat itu juga hati sebak. Meminta dengan penuh pengharapan.Letih, penat, lelah dalam berdoa.Hingga ada antara kita yang “trauma” untuk berdoa.Hingga ada antara kita yang mula mempersoal,

“Ya Allah, bila Kau mahu makbulkan doa ku? Ya Allah, kenapa Kau belum makbulkan doa ku? Ya Allah, apa silapku sehingga doa ku masih belum Kau makbulkan? Ya Allah, apakah kerana dosa-dosa silamku? Ya Allah, tak terimakah Engkau akan taubatku?”

Minda penuh persoalan. Penuh tanda tanya. Tapi entah pada siapa soalan perlu dilontarkan, untuk mendapatkan jawapan.Saat bila mana persoalan memenuhi ruang fikiran, bibit-bibit prasangka mungkin akan mula terbit.

Bukankah kitab Allah tertulis,

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghaafir: 60)

Tapi… kenapa doaku masih belum dimakbulkan? Bukankah Allah tak pernah memungkiri janjiNya? Habis tu, KENAPA?

“Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah. Ditanya kepada baginda : Apa itu tergopoh-gapah ? Sabda baginda : Apabila dia berkata: Aku telah pun berdoa! Aku telah pun berdoa! Tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa.” (Riwayat Muslim)

Gopoh gapah
Benar. Kita gelojoh. Tamak. Gopoh. Meminta sesuatu yang dirasakan baik untuk kita, sedangkan Allahlah yang tahu apa yang terbaik buat kita. Apa, bila, di mana. Dia yang Maha Mengetahui.

Bila hati kita penuh persoalan, kita sebenarnya terlupa pada satu perkara.

KEYAKINAN. Keyakinan bahawa doa kita PASTI akan dimakbulkan Allah. KEYAKINAN yang sebenarnya merupakan piawaian KEIMANAN kita.

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa”
(Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani)


SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Artikel Menarik yang Lain

3 sang pencerita

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.