❤ 1 April 2014 ~ Selamat Hari Lahir Sayang ❤

April 01, 2014


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

SELAMAT HARI LAHIR KE ~ 34 


Buat suami tercinta, kutujukan doa khusus buatmu. Tika sujud yang panjang, 
Aku memohon agar kehidupanmu sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umurmu, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan....

Kudoakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impianku, agar aku mampu membuatmu sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun ketika hidup kita dihempas gelombang.

Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih sayang kerana hadirmu begitu membahagiakan....

Doa Umi dan anak-anak untuk abah tersayang.....

Ya Allah… Abadikan kasih sayangnya, Tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, Hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. Amin...

Untuk Suamiku Yang Dikasihi 
Ku titipkan ucapan indah untukmu sempena hari lahir ke ~ 34

Hari ini hari ulangtahun kelahiranmu
Hari ini aku masih diberi peluang
Menikmati hidup bersamamu
Menatap senyumanmu yang menyenangkan
Merenung dalam2 matamu yang penuh kelembutan

Selamat ulangtahun sayang
Semoga tambahnya usiamu
Meningkatkan kematanganmu
Menguatkan keimananmu
Mencantikkan keperibadianmu

Selamat ulangtahun sayang
Tiada hadiah yang istimewa dapat kuberikan
Selain cinta kasihku untukmu 
Rasa sayang dan kesetiaanku sebagai isterimu
Keikhlasan yang jitu biar apapun yang berlaku

Aku terimamu dengan kisah silammu
Aku terimamu dalam keadaan sekarang
Aku akan terus disisimu selagi kau mahu
Sesungguhnya itulah hadiahku untukmu
Selamat ulangtahun sayang ....

SaYaNg SeLaLu ,
Lya  ❤

Artikel Menarik yang Lain

4 sang pencerita

  1. Selamat Hari lahir... semoga pnjg umur dan berbahgia selalu...

    ReplyDelete
  2. sweet kak lya nie.. selamat hari lahir buat suami kak lya.. semoga bertambah rezeki dan semoga bahagia hgga ke syurga.. aminn... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee takder SWEET sgt la Anizz cayunk ...
      Tq singgah sini ...

      Delete

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.