❤ Ukhwah ❤

Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Ramai yang bertanya,apa itu ukhwah ?
Adakah persahabatan antara teman teman itu ukhwah ?
Adakah persahabatan antara guru guru itu ukhwah ?

Ukhwah dari segi bahasa : berasal dari perkataan akhun yang membawa erti saudara,teman,sahabat dan lain-lain lagi.

Ukhwah dari segi istilah : Menurut Al-Quran : Perasaan kasih sayang,tolong menolong,Bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali, Allah berfirman “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : Menurut hadis : Seperti tubuh badan ,darah daging, dan roh umat Islam sendiri .

Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan yang satu apabila satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”

Bagaimana pula dengan keluarga ?

Bagaimana pula ukhwah kita dengan NYA ?

Perhubungan dengan ukhwah,apa bezanya ?

Pertalian dengan ukhwah,apa keistimewaannya ?
Persoalan kepada semua ini,apa jawapannya ?
Ukhuwah itu manis sebenarnya,
Jika kita pandai menggunakannya,
Jika kita bijak mengurusnya,
Jika kita cekap memilihnya,
Jika kita tahu menghargainya,
Jikat kita faham erti sebenarnya,

MAKA....
Ukhwah antara kita Insya-Allah akan kekal selamanya

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

5 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.