Terkini Sidang Media #MH370 Jam 3:00 Petang 11 Mac 2014



Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Sidang media #MH370, 11 Mac 2014, 3:00 petang tadi bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Aloyah Mamat.

1. Foto dan wajah yang dilihat adalah sama seperti dalam pasport yang dicuri
2. Semua SOP telah diikuti oleh semua pegawai Imigresen bertugas
3. Prosedur yang dilalui oleh 2 orang pemilik pasport curi diterangkan secara jelas oleh pegawai Imigresen
4. Ada beberapa perkara yang diambil kira mengenai kehilangan pesawat ini - rampasan, sabotaj, masalah psikologi, masalah peribadi penumpang dan krew
5. Kesemua foto penumpang-penumpang dari China telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara
6. Sehingga kini 2 penumpang dikenalpasti menggunakan pasport palsu
7. Individu pertama yang menggunakan pasport Itali dikenalpasti tidak ada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas dan berasal dari Iran bernama Pouria Nour Mohammad Mehrdad, berusia 19 tahun dan berkemungkinan individu ini mahu berhijrah ke Jerman - kami telah menghubungi ibunya dan mengetahui anaknya itu menggunakan pasport palsu, ibunya dilaporkan menanti ketibaan anaknya di Frankfurt.
8. Dua penumpang misteri tidak mungkin pengganas, lapor polis Thailand.
9. Pemegang pasport curi Austria - individu tersebut tidak pernah masuk ke Malaysia sebelum 28 Feb.
10. Latar belakang peribadi setiap penumpang sedang disiasat dengan teliti.
11. Kami sedang meneliti video dari KLIA yang diambil dari 7 Mac sehingga pesawat berlepas
12. Hanya seorang sahaja yang tidak berada di dalam pesawat kerana tersalah tarikh penerbangan
13. Pihak polis akan mengedarkan foto dua penumpang yang menggunakan pasport curi kepada media.

Wajah 2 pemegang passport curi.. Hari yg sama sebelum berlepas.
SaYaNg SeLaLu,
Lya ❤ 


Catat Ulasan

0 Ulasan