❤ Terkini Dari Sidang Media #MH370 Hari Kelima 12 Mac 2014 ❤

March 12, 2014


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Insiden #MH370: Terkini dari KLIA, 5:00 Petang, 12 Mac 2014, Diketuai Datuk Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein Bersama MAS, DCA Dan Pihak Tentera.

1. Hari kelima pencarian MH370, 12 negara telah menyertai pencarian ini, ianya adalah kerjasama multinasional dan yang terbaru dari India, Jepun dan Brunei
2. Kami berharap dapat membawa lebih banyak pakar untuk membantu untuk menganalisa data di darat atau laut
3. Fokus kami masih tertumpu untuk mencari pesawat dan kotak hitam
4. Kami mencari di Selat Melaka dan Laut China Selatan dan meliputi 27,000 batu nautika
5. Kali terakhir radar dikesan 2:15 pagi pada hari dilaporkan hilang, 200 batu utara Pulau Pinang oleh radar tentera
6. Radar awam (civil secondary radar) MH370 terakhir dikesan pada 1:30 pagi
7. Pihak berkuasa tidak akan mengurangkan usaha untuk mencari pesawat yang hilang
8. Pencarian diluaskan di dua kawasan dan memberi fokus di Selat Melaka dan Laut China Selatan
9. 42 kapal laut dan 39 pesawat digunakan untuk mencari pesawat yang hilang di dua lautan tersebut
10. Kami sangat konsisten dengan pencarian kami dan kami tidak menjumpai apa-apa penemuan. Walau bagaimana pun kami masih memperluaskan pencarian pesawat yang hilang
11. DCA mengesahkan ada menerima "petunjuk" pesawat tersebut melakukan air turn back, pencarian diperluaskan sehingga ke Lautan Andaman. Azhar menekankan ia hanya "kemungkinan".
12. CEO MAS memberitahu, kesemua kapal terbang MAS adalah selamat untuk diterbangkan.
13. Selagi kita tidak jumpa pesawat tersebut, kita tidak akan berhenti mencari - Hishamudin
14. 4 penumpang yang menempah penerbangan tidak hadir dan 4 orang yang lain yang dalam senarai standby mengambil tempat duduk mereka.
15. Pihak India tampil ke hadapan untuk bekerjasama dan Malaysia mahukan kepakaran mereka dalam kompleks data.

#DoaUntukMH370



SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Artikel Menarik yang Lain

2 sang pencerita

  1. semoga segalanyaa lancar..terus doakan

    ReplyDelete
  2. semoga pencarian diteruskan sampai menjumpai pesawat yg hilang tersebut..

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..