❤ Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Kahwin ❤

March 08, 2014

Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Alhamdulillah akhirnya Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana selamat melangsungkan perkahwinan pada hari ini 8 Mac 2014 sekitar jam 10:30 

pagi .Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana selamat dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Al Fadil Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid bin Mat Isa dengan mas kahwin berjumlah RM1,111 tunai tepat jam 10.31 pagi di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara Petaling Jaya. Syamsul Yusof sah menjadi suami kepada Puteri Sarah Liyana hanya dengan sekali lafaz .

Majlis pernikahan tersebut menyaksikan pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berupa senaskah Al-Quran, sepasang kasut, produk penjagaan wajah berjenama Kiehl’s, buah-buahan, kek, sirih junjung, beg berjenama Boss, komputer riba Macbook dan sepersalinan pakaian dari pihak Sarah.

Manakala, pihak lelaki membalas tujuh dulang berupa sepasang kasut, komputer riba Macbook, buah-buahan, seutas jam tangan, sirih junjung, telekung dan kek.

Pakaian pengantin ditaja oleh Cosry Couture dan majlis yang serba indah ini turut mendapat beberapa tajaan lain, antaranya dari Nasyeed.Com, N’dah Mahligai, Khyro Design, Love Undefined Photography dan Ari Wedding Couture.

Tahniah kepada Syamsul Yusof Dan isteri Puteri Sarah Liyana. Semoga kekal hingga ke Syurga ..
'' Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia 
lebih-lebih lagi di akhirat "
Aaamin Ya Rabbal ‘Alamin 

SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Artikel Menarik yang Lain

0 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.