Kapal Terbang MAS B777-200 Hilang

Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Pesawat B777-200 tersebut yang berlepas daripada Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi Sabtu itu sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.


Menurut MAS, penerbangan MH370 putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang jam 2.40 pagi tadi.Pihak MAS berkata ahli keluarga penumpang boleh hadir ke Bangunan Sokongan Fasiliti di Zon Selatan Sokongan KLIA.Untuk petunjuk jalan sila hubungi 03 8787 1269. 

Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan.

Hingga detik ini masih belum mendapat maklum balas perkembangan terkini mengenai pesawat malang tersebut.Bersama2 kita mendoakan agar semua penumpang dan anak kapal selamat .

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤


Catat Ulasan

0 Ulasan