Jom ... Kendalikan Rasa Marah


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Kita sering mengalami perasaan marah.Dalam kehidupan seharian,kita pasti berinteraksi dengan orang lain.Sewaktu berinteraksi itu,kadang kala terjadi hal yang tidak sesuai,fikiran-fikiran yang tidak seiring,ataupun pendapat yang bertentangan.Ketidaksesuaian itulah yang meyebabkan masalah dan menimbulkan kemarahan.

Perasaan marah adalah sifat semulajadi manusia.Setiap orang pasti pernah mengalaminya.Namun Allah menghendaki supaya kita dapat mengendalikan rasa marah itu supaya tidak diluahkan secara keterlaluan.Jangan sampai kita meluahkan rasa marah dengan cara memekik-mekik,berteriak sekuat hati,apatah lagi sampai mengamuk.

Itulah bezanya manusia dengan makhluk ciptaan Allah yang lain.Manusia diciptakan dengan akal budinya bagi mengawal perasaan yang sedang dirasakan. Apabila sedang marah,bertenanglah.Ketika sedang marah,akal sihat kita dikuasai oleh syaitan.Syaitan ketawa dengan gembira ketika kita marah dan dia menghembuskan lebih banyak hasutan-hasutan supaya darah kita lebih 'mendidih' dan melepaskan marah dengan cara yang berlebihan.

Cara mengendalikan rasa marah:

Bertenang
Ketika marah,denyutan jantung kita bertambah cepat dan tekanan darah akan naik.Nafas pun akan menjadi sesak dan pendek,otot menjadi tegang,jantung mengalirkan lebih banyak darah ke kaki dan lengan,sementara alat pencernaan dan sisten antibodi akan tertutup.Menurut para ahli kedoktoran,hal ini dapat merosak dan menjejaskan kesihatan.Bagi melegakan rasa marah,tarik nafas dengan panjang,kemudian hembuskan perlahan-lahan.Cara ini dapat membantu menenangkan diri.

Ikuti cara Rasulullah
Rasulullah berkata:
"Barangsiapa yang sedang dilanda marah,hendaklah dia mengucapkan 'a'uudzu billaahi minasy syaythaanir rajim, (aku berlindung kepada Allah daripada bisikan syaitan yang direjam"

Apabila kita ,marah dalam keadaan berdiri,maka duduklah dan sekiranya kita sedang duduk ,berbaringlah.

Apabila kedua posisi itu belum meredakan kemarahan,segeralah berwuduk dengan air dingin ataupun mandilah,kerana api hanya dapat dipadamkan dengan air.

Melakukan Aktiviti
Melakukan aktiviti yang kita gemari dapat membantu meredakan rasa marah.Misalnya membaca buku,keluar makan,bersenam ataupun memberi tumpuan kepada pekerjaan kita.Walau bagaimanapun,mengatur dan mengawal emosi akan membuatkan hati kita berasa lebih lega dan selesa.

Bersujud
Ertinya kita melakukan solat sunat sekurang-kurangnya dua rakaat.Dalam sebuah hadis:
"Ketahuilah,sesungguhnya marah itu bara api dalam hati manusia.Adakah kamu berasa kedua-dua mata menjadi merah dan urat darah di leher menjadi tegang?Apabila perkara ini terjadi pada kamu,maka hendaklah kamu tempelkan pipi kamu di tanah (bersujud)." 

Diam
Dalam sebuah Hadis Nabi bersabda:
"Ajarlah (orang lain),mudahkanlah dan jangan menyulitkan masalah.apabila kalian marah,maka diamlah."

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Terima kasih Lya kerana berkongsi :)

    BalasPadam
  2. perkongsian yg baik..

    smoga kita semua sama2 dapat amalkan, insyaAllah.. :)

    menabung sini..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.