❤ Etika Menyampaikan Perkhabaran Buruk ❤


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Ramai yang mempersoalkan kenapa pesawat MH370 itu masih dilaporkan 'hilang' sedangkan ada 'berita lain' mengatakan ianya memang sudah terhempas.

Kita perlu faham, amat mustahak bagi pihak berwajib memaklumkan berita kepada setiap ahli keluarga terdekat mangsa terlebih dahulu sebarang berita yang berkemungkinan mengejutkan dan sukar diterima.

Bayangkan sekiranya segala media dimaklumkan dahulu dan ahli keluarga pula mendapat khabar sebegitu menakutkan hanya melalui media?

Maka mohon jaga segala tulisan dan berita yang kita sampaikan terutama melalui media sosial. Ada hati dan jiwa yang perlu kita sama-sama pelihara.

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.