❤ Cara Mudah Mendidik Anak Kreatif ❤

March 12, 2014

Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Cara Mudah Mendidik Anak Kreatif

1. LAYANI DAYA KREATIVITI ANAK ANDA
Kanak-kanak dilahirkan bersifat kreatif. Lihat sahaja George de Mestral yang mereka cipta Velcro pada awal 1900an. Sewaktu kecil, George amat gemar bermain di luar dan mereka cipta pelbagai benda. Setiap kali berlari-lari di padang, dia amat kurang senang dengan sejenis bunga rumput liar yang melekat di seluarnya. Suatu hari, sekembalinya ke rumah, dia mengambil mikroskop dan meneliti bunga rumput liar itu. Rupa-rupanya bunga rumput itu ada beratus-ratus "hook" atau penyangkut halus yang tersangkut pada seluarnya! Dari sinilah tercetusnya idea untuk mereka cipta Velcro!

2. CERITAKAN KREATIVITI PELBAGAI JENIS
Media sering mengetengahkan beberapa aktiviti tertentu sebagai bercorak kreatif, contohnya melukis, menulis dan berlakun. Oleh itu, anak anda mungkin menyangka dia tidak kreatif jika dia tidak berminat dalam sebarang bidang ini. Sebenarnya, kreativiti merangkumi bidang yang amat luas. Kreativiti yang terbaik ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan mengatasi apa jua situasi sukar yang anak anda tempuhi di dunia ini.

3. GALAKKAN ANAK BERFIKIR SECARA TERSENDIRI
Jangan sekali-kali diperli atau diperkecilkan idea yang diutarakan oleh anak anda. Kreativiti membabitkan dua proses : BERFIKIR secara kreatif dan MENGHASILKAN sesuatu yang kreatif, iaitu tidak seperti yang difikirkan oleh orang lain. Kanak-kanak perlukan dorongan untuk terus kreatif. Asalkan anda sanggup menyediakan ruang dan masa untuk dua perkara ini, selagi itulah anak anda merasa didorong dan disokong.

Contohnya:
Jika anda terlihat anak anda menyusun beberapa keping blok secara mendatar berkali-kali, tanya dia : "Mungkinkah ada cara lain untuk menyusun blok-blok ini?"

4. BERSEDIA UNTUK MELABUR
Besar kemungkinan, anak anda perlukan bantuan dari segi masa, ruang dan wang untuk menukar ideanya menjadi suatu realiti. Anggaplah masa, ruang dan wang yang anda belanjakan sebagai suatu pelaburan, bukannya kos yang membazirkan, meskipun hasilnya tidak seperti yang anda atau dia impikan. Tentunya dia belajar sesuatu yang berharga sepanjang usaha tersebut.

Sebenarnya, anak-anak perlu belajar bahawa ibu bapa tidak mempunyai jawapan bagi kesemua soalan mereka. Oleh itu, untuk memastikan anak anda terus kreatif, jangan persendakan idea-idea yang anak anda berikan, meskipun bunyinya tidak masuk akal bagi anda..


SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤ 

Artikel Menarik yang Lain

3 sang pencerita

  1. memang kena develop dan galakkan anak2 supaya berfikiran kreatif...

    ReplyDelete
  2. betol tu...jangan sekat kreativiti anak...biar dia explore dan kreatif dengan cara dia...kita sebagai ibu bapa perlu menyokong...^_^

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen ..