Angka 8 Dalam Kehidupan Kita


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Angka 8 Dalam Kehidupan Kita

1- Berhenti Makan Apabila Perut Anda Sudah 80% Di Penuhi
Saya pernah terbaca satu artikel yang ditulis menceritakan bekas PM kita, Tun Mahathir ada mengamalkan petua ini untuk kekal sihat. Beliau akan berhenti makan apabila mula terasa sedap makanannya itu. Anda ingat kita boleh tak? Bukan ke kalau dah sedap nak bertambah kan?

2- Makan Malam Sebelum Pukul 8 Malam
Amalan ini telah lama disarankan oleh doktor perubatan, makan malam yang terbaik adalah sebelum 4 jam anda tidur. Kalau dikira anda tidur pukul 12 tengah malam, makan malam yang disarankan adalah sebelum pukul 8 malam.

3- Minum 8 Gelas Air Sehari
Untuk memudahkan perkumuhan badan kita dari sisa toksik adalah di sarankan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari. Toksik akan keluar dari badan melalui peluh atau ketika anda buang air.

4- Tidur Sekurang-Kurangnya 8 Jam Sehari:
Demi kesihatan minda dan tubuh badan, kita pasti sudah sinonim bahawa tidur yang cukup akan mengurangkan tekanan hidup, terutama di tempat kerja mahupun sekolah. Jadi digalakkan agar anda tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

5- Berjalan 80,000 Langkah Sehari
Nampak angkanya memang banyak kan? Tapi cuba kira langkah anda pergi balik ke jamban pun dah nak 20 langkah. Bagi yang kurang bersenam, adalah di sarankan anda berjalan sekurang-kurangnya 80,000 sehari demi kesihatan jantung anda.

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Angka 8 yang sangat penting dalam kehidupan kita, tapi susahnye pun adoi kita nak buat huhuhu

    BalasPadam
  2. thanks for info...menarik tu...tapi tang makan sebelum 8 tu memang selalu tak dpt buat...mkn mesti lepas kol lapan...hehehe

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.