Adab Berjiran


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Sebagai orang Islam,kita diajarkan tatacara berhubungan dengan Allah SWT atau desebut sebagai hablun minallah.Selain itu,kita juga diajar bagaimana berhubungan sesama manusia atau disebut sebagai hablun minannas.Salah satu hubungan sesama manusia itu adalah hubungan dengan jiran tertangga.Jiran adalah orang yang tinggal paling dekat dengan kita.Pada suatu masa,kita pasti memerlukan bantuan orang lain.Orang yang pertama dapat membantu kita adalah orang yang paling dekat dengan kita iaitu jiran.

Hidup berjiran ini tidak terlepas daripada hasad dengki, mengutuk, mengata, mengumpat dan banyak lagi perkara negatif lain yang sering dilakukan oleh masyarakat kita hari ini..


Ingatlah,
Menyakiti hati jiran itu berdosa.
Dan tidak akan masuk syurga bagi sesiapa yang menyakiti jirannya dan membiarkan jirannya kelaparan sedangkan dia mampu untuk bersedekah kepada jirannya..

Dikisahkan pada suatu hari Rasulullah saw berkunjung menemui Abu Zar yang sedang memasak kuah lalu Baginda berkata : "Wahai Abu Zar, jika kamu memasak perbanyakkanlah airnya. Kemudian, berilah jiran tetanggamu daripada masakanmu itu dengan baik."

Tunjukkanlah senyuman manis ketika menemui jiran tetangga,
Dan lakukan aktiviti kemasyarakatan bersama menunjukkan kita menyayangi dan menghormati jiran kita..

Cara-cara memuliakan jiran:
  • Mempamerkan wajah yang manis kepada jiran.
  • Memberikan senyuman,salam dan bertegur sapa apabila bertemu.
  • Tidak menceritakan keaiban jiran kepada orang lain.
  • Tidak memandang rendah, apalagi sampai menghinanya.
Memuliakan jiran tetangga akan mendatangkan kerukunan, kerana seorang jiran mempunyai peranan dalam memelihara harta dan kehormatan warga di sekitarnya.Dengan kata lain,setiap umat Islam adalh penjaga dan harus bertanggungjawab kepada keselamatan harta jirannya.Apabila semua umat Islam melaksanakan tugas ini, sebuah hubungan yang harmoni akan terbentuk.Keharmonian ini juga akan mewujudkan benteng yang kuat dan kukuh untuk mengelakkan anak-anak daripada terlibat dalam perkara-perkara yang tidak bermoral.

Alhamdulillah ..

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. hidup berjiran kna byk bertolak ansur kan kak lya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Nana ..
      Jiran niorg paling dekat ngan kita kalau berlaku apa2 kat dlm umah kita ..jiran la org TERDAHULU kita akan vari ..
      Jadi hormatilah jiran kita ... Jaga hati jaga perasaan mereka ..Itulah tanda kita ni jiran yg baik..

      Padam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.