5 Tips Memilih Pakaian Sebelum Membeli


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


5 TIPS MEMILIH PAKAIAN SEBELUM MEMBELI

''Wah, cantiknya baju tu !!! nak beli lah.Muat tak muat belakang kira janji aku dapatkan dia dulu!!” Pernahkah sahabat2 Lya berada seperti situasi di atas?? Membeli tanpa berfikir panjang!!!

Jaga-jaga takut dikesudahannya sahabat menyesal kerana berhabis duit demi sehelai pakaian yang sahabat sendiri tidak puas hati. Kadang2 kita beli jer tapi tak pernah pakai sbb tak kena ngan tubuh badan kita.Lain kali kalau nak membeli pakaian jangan main HENTAM jer kena ikut keadaan diri jugak ...

Jom kita pelajari 5 pekara yang seharusnya sahabat titik beratkan ketika memilih pakaian.

1. Saiz Yang Betul
Sebaiknya sebelum kamu membeli pakaian, apa kata kamu cuba dahulu. Kerana tidak semua baju yang cantik selesa untuk di pakai. Jadi, sebelum membazir apa kata kamu pastikan dahulu adakah ia berbaloi untu di beli atau sebaliknya.

2. Rona Warna Yang Sesuai
Pemilihan warna juga penting. Kamu perlu berfikir sejenak adakah baju yang cantik ini warnanya sesuai dengan warna kulitmu ? adakah warna itu boleh dipadankan dengan kasut-kasut kamu yang lain. Adakah ia sesuai dengan warna tudung mu dan sebagainya.

3. Teliti  Jenis Kain
Jika kamu seorang yang kuat berpeluh, seeloknya kamu lihat dan teliti betul-betul kualiti dan jenis kain baju yang ingin kamu beli itu. Adakah ia jenis kain yang serap peluh atau sebaliknya. Bukan apa takut-takut2 jenis kain itu tidak sesuai dengan mu dan akan menyebabkan bau badan yang kuat. Jadi nanti sia-sia sahaja kamu berlawa-lawa sekali berbau pula!

4. Pastikan Baju Tidak Berlubang Atau Koyak!
Jaga-jaga! Adakalanya malang tidak berbau. Siapa yang akan perasan kalau baju atau seluar yang kamu beli itu berlubang atau terkoyak ? Jadi, pastikan betul-betul adakah pakaian itu dalam keadaan sempurna atau sebaliknya nanti tak pasal kamu perlu ke kedai itu semula untuk kali ke dua!

5. Pastikan Zip Berfungsi Dengan Betul
Selain daripada memastikan baju atau seluar itu tidak berlubang atau terkoyak. Kamu juga harus memastikan adakah zip (jika ada) ia berfungsi dengan betul atau tidak. Mana tahu sedang kamu berbangga dengan baju baru ada pula insiden yang memalukan berlaku.

SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Catat Ulasan

0 Ulasan